CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12992|Reply: 74

Wanita Didakwa Meninggal Dunia Makan Sandwic Basi Beli Di RnR, Jabatan Kesihatan Dah Ambil Sampel Makanan

[Copy link]
Post time 23-12-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tular di media sosial berhubung dakwaan seorang wanita meninggal dunia selepas menjamah roti sandwic basi yang dibeli dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Terengganu, baru-baru ini.


Menurut perkongsian Sahara Nabilah di akaun Facebooknya, dia menceritakan keadaan ibu saudaranya yang keracunan makanan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, untuk mendapatkan rawatan.


Dakwanya, ibu saudaranya ketika itu berada dalam keadaan kritikal sebelum diumumkan meninggal dunia di hospital berkenaan.







"Mak cik (ibu saudara) saya baru saja meninggal dunia malam tadi. Datang dari Johor ke Terengganu untuk pendaftaran anak buat ke UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin), singgah makan di R&R Perasing. (Dia) makan sandwic beli di R&R tersebut.


"Basi rupanya, kena keracunan makanan dua mangsa... Mak cik dan anak buah. Tetapi mak cik (dalam keadaan) yang teruk. Kritikal, muntah dan berak tanpa henti. Masuk air, rebah.


"Masuk ICU (unit rawatan rapi) di (Hospital) Sultanah Zahirah dan meninggal malam tadi," katanya dalam catatan di Facebook bertarikh 19 Disember lalu.


Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu sudah mengambil beberapa sampel makanan dari sebuah kedai di kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, Kemaman yang dikatakan menjadi punca seorang wanita mengalami keracunan makanan sehingga meninggal dunia.


Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya turut melakukan swab peralatan dan pengendali makanan untuk membantu siasatan.


"ejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman menjalankan siasatan terhadap premis terbabit bagi mengenal pasti punca sebenar dan kita masih menunggu keputusan sampel ini.


"Bagi pihak JKNT, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dr Kasemani berkata, tindakan terhadap premis itu dilakukan selepas PKD Kemaman menerima satu notifikasi kes keracunan makanan membabitkan mangsa berusia 54 tahun yang mengalami gejala keracunan makanan akibat memakan makanan yang dibeli di R&R Perasing, Kemaman.


Katanya, mangsa mula mengalami gejala sakit perut, cirit birit dan muntah selepas memakan makanan yang dipercayai basi.


"ihak jabatan memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan menasihati pengendali makanan supaya sentiasa menitikberat aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual serta memastikan makanan disediakan bersih serta selamat bagi mengelak kes keracunan makanan.


"Orang ramai perlu sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih.


"Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengamalkan konsep 'lihat, hidu dan rasa' sebelum makan untuk mengelak memakan makanan yang telah basi," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lihat, Hidu dan Rasa.

Rasanya mati terus juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 01:08 PM | Show all posts
mcm ada benda xkne je... makanan basi mesti bau dah lain rasa dah lain rupa pun dah lain...sekali rasa xlalu nak teruskan
xkan lahap juga sampai licin
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan basi kot sb kalau basi mesti dh berbau takkn ko mencekik jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tercemar kot..
Bau ada tapi dah lapo kan..bedal.je
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bahaya keracunan makanan. teringat kes makan puding buih, ramai jugak mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2023 02:31 PM | Show all posts
Edited by plywood at 23-12-2023 02:33 PM
syamzana replied at 23-12-2023 02:01 PM
bahaya keracunan makanan. teringat kes makan puding buih, ramai jugak mati.
Puding buih: Bukan salah telurTs Mohd Soffian Osman
Jun 6, 2020 11:54 MYT



Episod keracunan makanan yang bermula pada 24 Mei yang lalu dipercayai berpunca dari memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei. - Gambar hiasan

KEJADIAN keracunan makanan di Terengganu yang melibatkan 99 orang mangsa dari 20 keluarga berlainan dan mengorbankan satu nyawa adalah amat dikesali.

Episod keracunan makanan yang bermula pada 24 Mei yang lalu dipercayai berpunca dari memakan puding buih yang dibeli secara atas talian pada 22 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Dr Alias Razak, dalam sidang media beliau pada 31 Mei kemudiannya menyatakan bahawa hasil ujian makmal mendapati penggunaan telur yang lebih dua minggu menjadi punca utama kes keracunan makanan itu.

Persoalannya, apakah benar telur luput menjadi punca utama episod keracunan tersebut?

Tarikh luput
Tidak semua makanan memerlukan penandaan tarikh luput khususnya makanan segar termasuklah telur.

Walaupun kita melihat praktis industri meletakkan tarikh luput pada pek telur yang dijual di pasaran, namun kaedah penentuannya adalah tidak sama dan bergantung pada kaedah yang ditentukan oleh ladang tersebut sendiri.

Malahan ada sesetengah ladang yang langsung tidak meletakkan sebarang penandaan tarikh luput kerana ia memang tidak diperlukan berdasarkan undang-undang.

Menurut Jadual Kelima, Peraturan Makanan 1985, telur segar tidak tersenarai sebagai salah satu daripada 300 produk yang memerlukan penandaan tarikh seperti yang termaktub dalam Peraturan 14 peraturan yang sama.

Namun, secara umumnya telur ayam mempunyai tempoh hayat antara empat sehingga lima minggu dan sangat bergantung pada cara pengendalian lepas tuai (post harvest) dan kaedah penyimpanannya.



BACA: Mangsa keracunan puding buih meninggal dunia
BACA: Makan puding buih: Mangsa keracunan meningkat kepada 74 orang
BACA: 48 individu keracunan makanan di T'ganu dipercayai akibat puding buih

Telur luput
Berdasarkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), telur yang telah luput atau rosak boleh dikenalpasti dengan mudah dengan melakukan ujian kesegaran telur melalui kaedah merendam telur dalam air bagi menentukan tahap apungannya.

Jangan guna dan buang telur yang terapung di permukaan air kerana ia telah lama dan rosak.

Telur luput juga mempunyai telur putih yang cair selain lapisan telur kuning yang nipis, mudah pecah serta menjadikan proses untuk mengasingkan keduanya adalah sukar dan mustahil.

Selain itu, ia juga turut berbau hanyir yang kuat dan telur yang telah terlalu lama akan berbau busuk.



Pencemaran bakteria
Penternakan ayam telur yang tidak mengikuti amalan penternakan yang baik (good agricultural practice), pencemaran najis ayam di kulit telur dan pengendalian lepas tuai yang tidak bersih akan menyebabkan pencemaran bakteria seperti Salmonella dan E.coli pada telur.

Namun, kebanyakan kes keracunan makanan yang dikaitkan dengan telur adalah berpunca dari Salmonella yang menyebabkan jangkitan pada pada sistem penghadaman manusia yang dikenali sebagai Salmonellosis.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Centers for Disease Control and Prevention – CDC, US) menganggarkan 1 daripada 20,000 telur mengandungi salmonella.

Seseorang yang menghidapi Salmonellosis akan mengalami sakit atau kekejangan perut, cirit birit (adakalanya bercampur darah), loya, muntah, demam tinggi (39.4 - 40°C) dan dalam kes-kes tertentu (terutamanya dalam kalangan warga emas dan kanak-kanak) boleh mengakibatkan dehidrasi yang teruk dan mengancam nyawa.

Salmonellosis hanya boleh disahkan dengan ujian makmal.

Puding buih
Berdasarkan perkongsian di YouTube (https://youtu.be/GsDk0H0mvac) kaedah penghasilan puding buih tersebut menggunakan telur mentah yang dipukul sehingga berbuih, kemudian dicampur dengan adunan agar agar yang telah suam, sebelum disejukkan di dalam peti sejuk.

Ini bermakna tiada sebarang haba yang dikenakan ke atas telur yang digunakan, kecuali dari adunan agar agar yang suam-suam kuku (biasanya suhu antara 36.5 – 40.5°C), menjadikan ia kekal mentah atau tidak masak.

Kaedah penyediaan tersebut tidak membolehkan suhu yang mencukupi (71°C dan ke atas) untuk menghapuskan bakteria yangg mungkin terdapat pada telur tersebut, lebih-lebih lagi jika telur telah tercemar atau tidak dicuci sebelum digunakan.

Punca?
Jika diteliti pada kaedah penyediaan puding buih dan kronologi kes ini, maka punca utama berlakunya keracunan makanan adalah disebabkan oleh kaedah pengendalian makanan yang tidak betul, berdasarkan kemungkinan berikut :

1- Suhu penyediaan telur yang tidak tepat (kurang daripada 71°C)
2- Suhu penyimpanan yang tidak sesuai (melebihi suhu dingin antara 2 – 4°C)
3- Masa penghidangan yang panjang (melebihi 4 jam)


Cadangan mengatasi
Setiap pengusaha makanan wajib memastikan makanan yang dijual mestilah dihasilkan dengan kaedah dan pengendalian yang betul, bersih, selamat dan memastikan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dalam kalangan pengendali makanan terbabit.

Selain itu, pihak berkuasa terutamanya Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) harus menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kes ini dan seterusnya mengambil tindakan yang tegas terhadap penjual puding buih tersebut bagi memelihara keselamatan orang ramai pada masa akan datang.

Ini termasuklah siasatan dan pendakwaan berdasarkan Seksyen 13 Akta Makanan 1983 (makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan) yang apabila disabitkan boleh didenda sehingga RM100 ribu atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Ataupun menggunakan Seksyen 13A akta yang sama (makanan yang tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia) yang apabila disabitkan boleh didenda sehingga RM50 ribu atau dipenjara sehingga 8 tahun atau kedua-duanya.

Arahan menutup premis tersebut selama 14 hari berdasarkan Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 hanyalah satu tindakan pentadbiran iaitu mana-mana premis yang didapati menjadi tempat bermulanya sesuatu penyakit atau jangkitan boleh diarah tutup untuk tujuan membasmi penyakit tersebut.

Ianya dilihat tidak mencukupi dalam memberikan kesedaran kerana ia bukannya satu bentuk hukuman.

Dalam masa yang sama, hasrat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dalam merangka undang-undang bagi mengawal selia perniagaan makanan atas talian dari rumah yang semakin berkembang pada waktu ini adalah amat dialu-alukan dan diharap ianya dapat disegerakan.

Ujian kesegaran telur


* Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd.


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 02:36 PM | Show all posts
kena selidik betul ke punca kematian sbb makan sandwich basi. takkan tak tau makanan tu dah tak elok, kalau budak2 i bolehla faham. biasa org dewasa ni dia tau beza makanan ok dengan tak ok..

kot makan benda lain kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:43 PM | Show all posts
Jangan jangan makcik ni kena covid ada gejala tak ada deria bau dan rasa

pastu dia tak perasan  makan sandwic basi

Innalillahiwainnailahirojiun.
Takziah pada keluarga

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 23-12-2023 02:47 PM

Bukan basi kot, makanan tercemar. Kalau basi, nak makan pun dah tak boleh, rasa lain. Kalau budak, boleh faham la tak tau beza.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Food poisoning is no joke.
Mmg leh bwk mati.
Mknan basi/elok xkan rentua tatau beza.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-12-2023 01:08 PM
mcm ada benda xkne je... makanan basi mesti bau dah lain rasa dah lain rupa pun dah lain...sekali ra ...

kalau sandwich tuna dan sardine memang susah nak bezakan uols. sebab bau basi dan tak basi tak ada beza. tekstur pon sama je

sandwich tuna dan sardine. memang ada keluarkan bau tak menyenangkan/busuk walaupon tak basi. tesktur pon jenis melekit walaupon tak basi.

satu lagi sandwich telur mayonis. ni pon memang ada tekstur melekit dan bau busuk/menyegat even tak basi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergosip replied at 23-12-2023 04:30 PM
kalau sandwich tuna dan sardine memang susah nak bezakan uols. sebab bau basi dan tak basi tak ada ...

Aku pun rasa mcm tu....
Sandwich sardine & tuna....

Yg meniaga tu, jgn le pikir duit je....tak hbis jgn reheat lg bg org mkn...kan selalu hantar pusat tahfiz....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
X mungkin basi. Ko ingt manusia normal mampu ke nak makan makanan basi. Makanan da basi mesti ada beza. Binatang pun Tau makanan tu da basi atau x.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Setgh org mmg perut tak tahan kot. Mcm iols byk kali jgk bila bwk balik telur tgk ada yg pecah sikit sebijik 2. Iols goreng telur tu makan je..tk prnh lg la sakit perut ke mati ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 06:28 PM | Show all posts
Takziah utk keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu beli sandwic sardin ke tuna ke ready to eat bukan gerdenia tu kat petrol station tu okay je
As long as takde sayur dia tahan jugak at room temp
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:03 PM | Show all posts
Edited by midori888 at 23-12-2023 07:06 PM

adik meols jenis perut sensitive....setiap kali gi indonesia utk kerja, mesti dia kena food poisoning...haritu gi balik papan, makan fish and chips kat hotel, kena food poisoning jugak...dia kena bawa charcoal pil tu selalu...dia tak makan pedas pun...gerai2 tepi jalan mmg dia tak makan lah kalu kat indonesia....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..salam takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.193129 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list