CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11984|Reply: 26

Isma Aliff rindukan anak-anaknya

[Copy link]
Post time 25-12-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Isma Aliff rindukan anak-anaknya


Gambar Isma Alif dikongsikan oleh penyanyi Rozita Rohaizad yang melawatnya.

Kuala Lumpur: Shamsidah Ismail iaitu adik kepada artis serba boleh era 1980-an Isma Aliff, memaklumkan abangnya berada di Hospital Ampang tanpa ditemani oleh mana-mana individu.

Shamsidah, 57, berkata, buat masa ini tiada sesiapa yang menemani abangnya yang sedang menerima rawatan di hospital terbabit.

"Sebelum ini seorang rakan ada menemaninya dalam empat, lima malam, tapi sekarang dia dah balik. Dia pun nak kena jaga emaknya. Saya pula dapat tengok dia pada masa tertentu sahaja.

"Abang Isma ada keluarga. Semua dah diberitahu. Malah di media sosial pun dah dimaklumkan. Dia ada sepasang anak yang dah dewasa. Dah tentu dia rindukan mereka.

"Yang sulung perempuan dah kahwin, manakala yang lelaki usia 24 tahun. Setakat ini mereka belum datang melawatnya. Saya kasihan tengok keadaan abang Isma yang menangis," katanya kepada Harian Metro.

Shamsidah berkata, abangnya tentu mahukan keluarga datang melawatnya seperti juga pesakit lain di hospital.

"Dia perlukan sokongan keluarga. Macam saya hanya bagi setakat termampu kerana saya pun ada keluarga. Dengan emak lagi nak kena pergi tengok.

"Emak memang abang Isma jaga sepanjang masa. Kadang-kadang ada show, dia tolak sebab nak jaga emak yang berusia sekitar 79 tahun," katanya.

Terdahulu, Shamsidah berkata, Isma, 59, ditahan di hospital sejak Jumaat lalu kerana tiba-tiba diserang angin ahmar selepas mengadu sakit kepala selain badannya kebas.

Shamsidah bagaimanapun bersyukur kerana keadaan abangnya kini beransur pulih.

"Setakat ini keadaan abang Isma alhamdulillah. Dah buka tiub kecuali satu tiub oksigen untuk pernafasan. Dia boleh bercakap tapi tak berapa jelas. Dia kenal siapa yang datang melawat.

"Cuma untuk makan bergantung pada susu guna saluran tiub. Dia pun dah pindah ke wad 6D. Saya tak pasti bila boleh keluar kerana masih ada pemeriksaan oleh doktor.

"Bacaan darah tinggi mula okey, normal bawah 150. Ramai kawan-kawan artis datang melawat. Berkat doa mereka datang alhamdulillah keadaannya semakin baik berbanding hari pertama masuk wad," katanya.

Menurutnya, kehadiran mereka beri terapi untuk abangnya.

"Dia tak dapat ketawa besar-besar, dia menangis. Abang Isma suka berbual. Dia nak cuba berbual tapi sekarang ini dia tak payahlah berbual dulu. Dia teruja apabila kawan-kawan datang. Seronok dan sedih semua ada," katanya.

Sebelum ini, keadaan Isma Aliff dilaporkan kritikal dan ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

SUMBER:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ndukan-anak-anaknya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sihat ya, moga Allah kurniakan kesembuhan.
Ni pelakon citer tingtaketingtingtingketaketing dgn liza abdullah, ada lg beberapa i tak ingat
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bercerai ke? Tak jaga anak2 ke
Tak patut anak2 tak datang tengok
Ke ada cerita disebaliknya

Papepun semoga acik isa cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa muda dulu jaga tak anak tu?

Maleh nk kesian lelebih sbb tak tau citer sebelah pihak yg lg satu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 sibuk. Konsep dah tua nanti anak2 akan jaga xboleh pakai dah. Jagalah diri sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jaga tak anak2nyaa dulu tu..? Bg nafkah tak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah ditidurkan anak2 buat dek...wahhh tanda2 awal tak boleh diharap..semiga dipermudahkan, jaga ibu tentu ada keberkatan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tau cite belah anak dulu ... Manalah tau kalau setakat tabur sperma je... Selayaknya lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga Allah lembutkan hati anak2 brader isma ni utk melawatnya.. maybe ada cerita di sebalik tabir yg kita tak tau tp moga semua baik2 aje buat family nih.. ayah pun dah terlantar sakit gitu kan.. lain lah kalo ayah tu serupa perangai tokey gelang yg tak pnh acknowledge anak2 bekas isteri. Kalo camtu aku sokong aje kalo bdk2 tu taknak ziarah bapak diorang yg dah lupe diri tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo anak pun tk pnah jaga.. nafkah tk bg..
salam je la. nampak adik beradik pun nk lps tgn.. tu sbb kita kena simpan skit duit utk masa susah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terbuka hati anak2 untuk tengok si bapak... Tak nak komen lelebih.. i pun ada anak2 jugak... Nasib akan datang tak tau camana .. aappun dari awal kena siapkan mental n kewangan jugak semoga dihujung waktu tak menyusahkan sesiapa
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 10:28 AM | Show all posts
Semoga cepat-cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 10:46 AM | Show all posts
Insomniacs replied at 26-12-2023 07:12 AM
Moga Allah lembutkan hati anak2 brader isma ni utk melawatnya.. maybe ada cerita di sebalik tabir yg ...

tokey gelang ni sapa wei?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 10:52 AM | Show all posts
ini yang pelawak tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:57 AM | Show all posts
zaman muda klu nyanyi kt rtm tu kemain tinggi suara dia
cuma die lbh ke arah komedi
klu serius jd penyanyi, ballad, blh pegi jauh jgk masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai baca kat ig ada ke diaorg ckp albaniah tu isteri dia. Dah ada yg ckp albaniah bukan isteri dia pun org tak percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 26-12-2023 10:46 AM
tokey gelang ni sapa wei?

Muda2 glamer lagu piooooonaahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kawen dgn kakak nur albaniah. Bila cerainya idok ler tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 04:22 PM | Show all posts
mesti ada sebab yg kukuh kenapa anak2 x dtg visit
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg baik2 je lah.
Anak dia dua. Kalau sorang je tak dtg, maybe kira tak bertegur sapa ke, gado ke.
Ini dua2 tak dtg, mcm errrr.... Taknak la menuduh kennn. Tapi meols dah serik sedih2 kalau retis sakit ni. Kang ada aje plot twist.
Sbg contoh, si Tanggang Midget yg dulu terkangkang kat rumah anak yatim tu. Masa sakit, kemain la org sedekah sana sini. Dah bukak mata, di who are yous kan pemenat. Padan muka semua org.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050892 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list