View: 8272|Reply: 3
|
Motor Baru Keluar Kedai Jatuh Masa Cuci, Pekerja ‘Car Wash’ Guna Wax Sorok Calar!
[Copy link]
|
|
Hancur luluh hati seorang wanita apabila motosikal yang baru dibeli calar-balar didakwa berpunca daripada kecuaian pekerja sebuah kedai cuci kenderaan.
Menerusi luahan di Facebook, wanita itu berkata kesan calar akibat terjatuh jelas kelihatan pada beberapa bahagian motosikal berkenaan.
Foto: mStar
"Hari ini rasa sangat sedih dan sakit hati kami. Kedai ni merupakan kepercayaan kami. Kereta, motor dan trak pikap kami selalu cuci dekat kedai mereka.
"Tapi hari ini satu kejadian tak diingini terjadi. Kami hantar motor baru ambil (beli) daripada kedai untuk dicuci.
"Serah kunci, kami pergi minum di kedai makan milik adik saya tepi kedai cuci tu. Apabila sudah siap, suami pergi ambil motor tapi dapati motor ada kesan jatuh. Banyak calar di body motor," katanya.
Jelas wanita itu sudah menjadi rutin bagi suaminya untuk memeriksa dengan teliti setiap bahagian kenderaan yang dicuci.
Namun menurut wanita itu, sikap para pekerja di kedai berkenaan yang seolah-olah mahu lepas tangan dan tidak mengakui kesilapan mereka membuatkan dia dan suaminya terkilan.
"Nombor plat pun tercabut. Suami saya terus tanya. Tapi yang sakit hati kami... mereka tak mengaku.
"Yang cuci budak-budak dan anak-anak pemilik kedai tu. Siap sapukan wax lagi dekat cover set. Tak nak bagi nampak (calar).
"Apa salahnya jujur. Jika mengaku, kami tak marah," katanya lagi.
Tegasnya, hantaran dibuat adalah bertujuan untuk mengelakkan orang ramai daripada terkena nasib sama seperti mereka.
"Sedih sebab tidak jujur sedangkan kami pelanggan setia mereka. Sekurang-kurangnya cakap la minta maaf kak.
"Motor kakak kami buat terbalik (terjatuhkan) tadi. Sejuk hati ni kan," jelasnya.
Hantaran tersebut turut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan wanita itu.
"Mungkin dia tak mampu nak tanggung kos kalau diminta ganti rugi. Pasal tu tak mahu mengaku.
"Daripada posting, nampaknya bisnesnya sudah hilang seorang pelanggan setia yang semua kenderaan bawa cuci di situ. Untuk perniagaan jangka panjang, tuan kedai kalau bersalah mengaku saja.
"Sedih kena dekat harta benda sendiri tapi Allah dah tentukan semuanya.
"eniaga pun mintalah maaf... lebut sikit hati tuan motosikal," komen netizen.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|