View: 11706|Reply: 6
|
Alif Satar Anggap Kemalangan Sebagai Dugaan Kecil, Tetap Teruskan ‘Geng Subuh’ Dan Larian 1 Januari
[Copy link]
|
|
Kecederaan ringan dialami akibat kemalangan tidak mematahkan semangat penyanyi dan pelakon Alif Satar untuk meneruskan misi Geng Subuh Macam Jumaat pada 1 Januari nanti.
Kata Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, kejadian yang menimpanya itu hanyalah satu dugaan kecil dan dia hanya perlu berehat sebelum menjelang tarikh berkenaan.
"Dugaan kecil sahaja. Perjuangan belum selesai. Insya-Allah dengan rehat cukup masih boleh berjemaah Subuh bersama pada 1 Januari 2024," katanya.
Alif berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya pada Sabtu.
Dia turut memaklumkan keadaan dirinya dalam keadaan baik tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas melakukan pemeriksaan doktor.
"Sudah buat pemeriksaan doktor dan semuanya selamat, tiada patah. Masa jatuh kepala sakit dan pening, takut juga ada yang serius tetapi doktor beritahu tiada simptom pendarahan dalaman.
"Cuma badan sakit-sakit... semoga buat penghapus dosa. Allah uji sikit sahaja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan," ujarnya.
Pada Jumaat, Alif terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya yang terletak di Hartamas, Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku di Jalan Sri Hartamas sekitar pukul 4.20 petang.
Alif yang menunggang motosikal ketika itu hilang kawalan apabila sebuah kereta yang secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri.
Disebabkan ingin mengelak kenderaan berkenaan, Alif melanggar bahu jalan dan terjatuh.
Sementara itu program Geng Subuh Macam Jumaat merupakan satu inisiatif Alif sendiri untuk mengajak lebih ramai peminat beragama Islam sama-sama hadir ke masjid menunaikan solat berjemaah.
Pada 1 Januari nanti, dia juga akan mengadakan acara larian selepas solat berjemaah.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
i suka lelaki mcm aliff ni..mcm muka lelaki yg sgt bertanggungjwb
hnsem la dia kt luar.. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 30-12-2023 10:48 AM
i suka lelaki mcm aliff ni..mcm muka lelaki yg sgt bertanggungjwb
hnsem la dia kt luar..
Jejantz turkiye dah out of your radar?
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Perjuangan selesai sebaik selepas subuh 1 January keww?
Mengajak ummah utk kejalanNYA ada timeline tertentu keww? |
|
|
|
|
|
|
|
Jom ramai2 pergi masjid saidina umar al-khatab bukit damansara solat subuh 1hb nanti. Lepas solat subuh dan kuliah ada fun run 5km. Free je. Lepas tu ada jamuan dan cabutan bertuah. Dengar kata hadiah lumayan |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dia istiqomah lah.
org yg istiqomah akan anggap benda yg terjadi sebagai penghapus dosa....
berapa ramai je yg bersikap begitu ketika org lain akan menyalahkan Tuhan.
semoga kita dpt tetap di atas kebaikan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|