View: 11775|Reply: 7
|
Normah Damanhuri Panggil Cucu Nama Satria, Buka Cerita Ibu Fitri Farok Beranak Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Normah Damanhuri mendedahkan kisah sebenar di sebalik nama panggilan Satria yang diberikan kepada cucunya iaitu Fitri Farok.
Cerita Normah, 69, cucunya yang juga merupakan Naib Juara Hero Remaja 2023 ini disapa dengan nama berkenaan kerana dilahirkan di dalam kereta Satria Hatchback miliknya, 24 tahun lalu.
Ketika kejadian, Normah berkata dia memandu kenderaan itu membawa anaknya iaitu Nor Lydia Rosli ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini Hospital Canselor Tuanku Muhriz), Selangor.
Foto: IG
"Ceritanya sewaktu ibu Fitri sudah mula rasa sakit kontraksi untuk melahirkan, dia tidak mahu ke hospital tetapi saya paksa dan membawanya menaiki kereta Satria milik saya.
"Semasa perjalanan ibunya sudah tidak tahan nak bersalin dan bayangkan macam mana saya punya cemas. Kaki dah menggigil tak tahu mana nak tekan brek, mana nak tekan minyak.
"Tapi mak Fitri ni jenis cool. Sampai di roundabout saya intai sikit, rupanya kepala Fitri dah keluar... Lagilah buat saya cemas dan jadi menggigil tak tentu hala," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Setibanya mereka di kawasan hospital, anaknya itu akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki di dalam kereta berkenaan.
"Sampailah di unit kecemasan hospital tiba-tiba dia (Fitri) keluar dekat seat penumpang tu. Saya panik sebab risaukan anak dan cucu, takut bayi lemas kan.
"Saya menjerit dekat hospital dan beritahu cucu saya sudah keluar. Situasi pun jadi kelam kabut, saya menangis tetapi bila tengok muka anak (ibu Fitri) dia masih boleh tersenyum lagi.
"Selepas itu barulah pihak hospital bawa anak saya dan Fitri dengan tali pusatnya yang tergantung masuk ke dalam wad," ujarnya.
Susulan daripada kejadian berkenaan, Normah memberitahu dia terdetik untuk memanggil Fitri dengan nama panggilan Satria.
Tambah Normah, seluruh keluarga dan rakan-rakan cucunya itu turut menggelarkannya dengan panggilan tersebut.
"Kebetulan Fitri pun lahir dalam kereta tersebut jadi saya pun memanggilnya dengan nama Satria. Sampai besarlah orang panggil dia dengan nama Satria.
"Namun ayahnya berikan nama Fitri kerana dia lahir sudah hampir dengan sambutan Aidilfitri.
"Kami sekeluarga dan rakan-rakannya semua melekat dengan panggilan Satria, tidak ada yang memanggilnya dengan nama Fitri," katanya.
Sebelum ini, menerusi Instagram Normah memberikan ucapan tahniah kepada cucunya itu kerana berjaya merangkul gelaran naib juara program realiti pencarian bakat berkenaan.
Bagaimanapun kapsyen Normah memanggil Fitri dengan nama Satria mengundang pelbagai pertanyaan peminat.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni la kan yg xtau peribahasa sepandai2 tupai melompat tu kan
Boleh jg jd naib juara ye |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik satria bukan exora ke..axia ke..myvi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh dlm hidup ni iols tanak berdepan dgn pengalaman org nak terberanak depan mata.
Takleh bygkan ketakutan nak kena jd bidan terjun, risaunya kalau terjadi apa2 pd baby tu tak memasal plak kena tuduh mcm2.
So tolongla sapa2 jgn nk terberanak depan mata iols tp kalau jd juga haa taktau la tu
Harap dapat bertenang bukannya panik sampai sesak nafas plak huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Muka semua 1 acuan.. senang nak ingat
|
|
|
|
|
|
|
|
keluarga normah kalau lelaki, herlok kejadiannya..gen maskulin kuat.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada nmpk video kak km sambut besday bella kot, kak km duk jerit2 hero remaja! hero remaja! igtkan dia gelar adik dia yg bongsu tu as hero remaja, rupanya mamat ni anak buah & finalist. padan la peghak sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|