CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20073|Reply: 133

Berlakon berkuda, Fazura risau cedera jejaskan peranakan

[Copy link]
Post time 3-1-2024 08:53 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Pelakon Nur Fazura mengakui gementar menggalas watak srikandi berkuda dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah kerana berisiko mengalami kecederaan pada bahagian peranakan sekiranya terjatuh.

Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Shariffudin, 41, berkata, seandainya perkara itu berlaku peluang untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang mungkin terjejas.

“Memang setiap hari saya berdoa tidak terjatuh apabila menunggang kuda kerana bimbang peranakan terjejas dan tak dapat menimang cahaya mata lagi selepas ini.

“Saya pun pesan kepada adik-adik (pelakon wanita) lain supaya berhati-hati sebab kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.

“Mujurlah semuanya berjalan lancar. Saya sendiri ada pengalaman menunggang kuda masa kecil, jadi ada keserasian dengan kuda yang ditunggang itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Begitupun, ibu kepada seorang anak itu menafikan dirinya kini berbadan dua meski bersungguh-sungguh meluahkan kerisauannya itu.

“Buat masa ini bukan berita hamil yang ingin dikongsi. Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukkan kami.

“Lagipun, kami perlu patuh dengan kontrak yang sudah ditandatangani, kalau boleh tak mahulah hamil dalam keadaan terikat dengan kerja.

“Ketika mengandungkan Fatimah dulu saya pernah terlantar atas katil selama tiga bulan sebab alahan, tak mahulah disebabkan hamil, komitmen terhadap kerja terjejas,” ujarnya pada majlis tayangan filem Pendekar Awangarah Indera Gajah, hari ini.

Sebagai rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah adalah merupakan prekuel kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menelan belanja RM15 juta itu bakal  menemui penonton di pawagam pada 11 Januari ini. – HIBGLAM



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Habisla jap lagi dtg saka fazz ratib pazz pizz puzz
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 dah tunggang kuda rilek je..tau2 mmg da biasa dgn kuda xperlu susah2 berswafoto dgn kuda for people's validation and gaining likes
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau faz bawak kuda aku tak heran.tp kalau lembaga bawak kuda kompom terkengkang2 sebab katik sangat tak jejak nk letak kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 3-1-2024 09:08 AM
Kecik2 dah tunggang kuda rilek je..tau2 mmg da biasa dgn kuda xperlu susah2 berswafoto dgn kuda for  ...

mcm bini dato batak brand tu ke atau mcm bini ustaz celup?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Faz ni mak2 yg realistic.. x Ada digebang teruk pasal Fatima... Cth.. Fatima X faham pun adik2 ni apa.. dia just enjoy play with cousin.. walhal byk bnda yg blh dipuji pasal Fatima ni.  Cuma pd faz anak2 dia membesar like kanak2 normal je.. good job faz. Jgn jadi mak terpalng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
oklatu85 replied at 3-1-2024 09:22 AM
Faz ni mak2 yg realistic.. x Ada digebang teruk pasal Fatima... Cth.. Fatima X faham pun adik2 ni ap ...

Betul. Dia tkde pun nk ckp fatima tu terpaling serba serbi. Simple je jwp. Tk menyakitkan hati. Btw mmg nmpk dia tak kekok sbb dr kecik mmg berpolo. Kalau yg baru merasa tu siap focus sungguh kat muka kuda. Nk prove kat siapa tatau. Thts what we call batak!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Benih yg tak berkualiti...kuda yg dipersalahkhen....

Nasib ko ler nyanmanyambek....

Punyai mommymong in denial....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Gugucat replied at 3-1-2024 09:33 AM
Betul. Dia tkde pun nk ckp fatima tu terpaling serba serbi. Simple je jwp. Tk menyakitkan hati. Bt ...

Ada beza Kan..kiki.. patut la nampak macam da biasa aktiviti berkuda faz nie.. tgk poster pun X kekok..nampak pro.. bdway semoga film Baru ni a big success to fattzura..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Faz buat dulu baru cerita. Ada orang gebang dulu buatnye tak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:44 AM | Show all posts
2 filem fattah dlm masa terdekat tu tp ni yg ramai tunggu sbb dua2 ada. indo dh req tayang kat sana jgk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:13 AM | Show all posts
Sorang tu pun naik kuda masa tu, kesian kuda tu kena bawak lebihan muatan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:29 AM | Show all posts
Dgr faz citer dia da ada basic main kuda sbb masa kecik2 main kuda agak2 pasni ada tak yg tetiber claim dia pun main kuda masa kecik?

Smalam ada tgk review sorang ni dia kata srikandi tak byk sgt scene. So mmg sbagai penyeri la. Tp tula kang byk sgt fokus srikandi da overshadow kisah utama plak. Tak byk scene pun takpe la janjeh dpt ku tgk fazuwa on screen setelah sekian lama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 3-1-2024 09:17 AM
mcm bini dato batak brand tu ke atau mcm bini ustaz celup?


Tintan aku xrengsa sgt..just enjoy life jd taitai n laki splurge kan so why not..bini ustad celup hahhaha xmasuk plak dlm otak aku sbb xpernah register dlm brain aku ni seksanya kuda tu bawak dia just tgk sekali tu je la. Adik tiri si terpaling tu la try hard sgt hobi2 org kayap siap tayang kertas judi kuda ritu.fefeeling sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:52 AM | Show all posts
Rogue98 replied at 3-1-2024 09:43 AM
Faz buat dulu baru cerita. Ada orang gebang dulu buatnye tak.

Dah gebang pun tak buat buat jugek.. dah masuk headline news dah.
Bila nak pindah tanah ereb?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Gugucat replied at 3-1-2024 09:33 AM
Betul. Dia tkde pun nk ckp fatima tu terpaling serba serbi. Simple je jwp. Tk menyakitkan hati. Bt ...

Aku rasa jah baru tau yg faz dah berkuda sejak dr kecil. Malu je lepas abis pantang beriya laki bini naik kuda panas2. Tp tulah sekali tu je la.berkuda pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 11:09 AM | Show all posts
faz ni nangis pun comel sgt la
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak mlas nk nasuk sebb babi sial tu cnfrm mnciritt
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Td ada sekor benak komen kt tiktok vidwo faz ckp cmni. Tiber je komen jahlop better

Bodo nk mamps benak ni. Apa kena mgena jahlop.dgn filem ni. Ko nk jahlop naik kuda dgn kaki tak smpai ke. Ko tak kesian ke tgk kuda tu nk hangkut jahlop belakang dia. Ko mmg ada niat nk menganiaya binatang ke bodo

Benak mmg bodo sejak lahir
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:25 AM | Show all posts
oklatu85 replied at 3-1-2024 09:22 AM
Faz ni mak2 yg realistic.. x Ada digebang teruk pasal Fatima... Cth.. Fatima X faham pun adik2 ni ap ...

Faz pun takde trpaling gebang ank da hafal alif ba ta la, hafal surah2 pendek la. Dia tnjuk je trus video ank dia baca doa mkn dulu sbelum mkn ubat. Baca full lg doa tu. Ha tu baru btol tnjuk dgn video. Faz tak penah gebang apa2 prkembangan ank kecuali dia kata ank dia umur 3 tahun tp mcm 5 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.364317 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list