View: 11195|Reply: 11
|
Isteri kena ‘body shaming’, Atta Halilintar minta henti ejek tubuh wanita selepas bersalin
[Copy link]
|
|
PERSONALITI media sosial Atta Halilintar mempertahankan isterinya iaitu Aurel Hermansyah yang menjadi mangsa body shaming netizen.
Menerusi akaun TikTok miliknya, Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 29, menjawab salah satu komen yang dibuat netizen yang mengatakan tentang bentuk badan Aurel seperti figura ibu-ibu.
Kata Atta, Aurel tidak boleh melakukan berdiet kerana masih menyusu badan untuk dua anak mereka.''
"Kalau seorang ibu itu bersikap pentingkan diri sendiri, boleh saja dia berdiet dan tidak memberikan susu badan kepada bayinya.
"Aurel mahu memberikan susu badan buat anaknya dan dia tidak boleh berdiet. Dia harus makan makanan berkhasiat. Kerap makan kerana cepat lapar sebab menyusu badan itu tidak mudah," katanya.
Dalam pada itu, Atta juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan netizen yang disifatkan sebagai melampau mengecam bentuk badan wanita selepas melahirkan anak.
"Semakin hari saya pelik dengan netizen ini. Ibu yang baru melahirkan anak dikecam dengan mengejek bentuk tubuh badan mereka gemuk seperti 'emak-emak'.
"Seharusnya zaman sekarang ini wanita sokong kaum wanita sendiri. Perbetulkan diri masing-masing," ujarnya.
Untuk rekod, Atta mendirikan rumah tangga Aurel pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ameena Hannar Nur Atta, 2, dan Azura yang dilahirkan pada 11 November lalu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Boleh move ke board personaliti kot dia bukan artis dan bukan rakyat tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah..adakah sebab faktor usia maka x main socmed sgt + langsung x kenal. Yg abg tesla heboh2 sblm ni pun haram x kenal ni maii pulak dah halilintar bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Kan bini dia anak kris Dayanti tu.. belajar je la diet dgn mak sendiri aduhaiii.. nnt setahun kemudian lepas menyusukan baby tu kurus la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah memang mak-mak kan? Better lah berisi mcm ni, kurus kang jadi mcm bcl ngn pasha tu.. Kalau boleh baju pun takyah pakai, nak tunjuk betapa lawanya body pftttt |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila si halilintar debut dekat malaysia? gigih yach tt bukak dekat tred tempatan sebab nak clicks
@friedfishsoup mohon katup kaka |
|
|
|
|
|
|
|
Mentang2 mak pak atta ni duk malaysia jd retis malaysia dah dia |
|
|
|
|
|
|
|
aik..nk claim celebrity indon ka kt bod ni..hahhahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak attar mane ni?
Retis kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by slyfynx at 5-1-2024 10:20 PM
Double post sbb connection aku dgn CARI sgt hampeh |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia mengaku sedut lemak
|
|
|
|
|
|
|
|
Angin halilintar mana pulak nieyh? Kencang naw bertiup sampai Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|