View: 20653|Reply: 13
|
‘Orang benci saya sebab Raja Komen, apa saya boleh buat’
[Copy link]
|
|
‘Orang benci saya sebab Raja Komen, apa saya boleh buat’
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... pa-saya-boleh-buat/
Oleh MUHAMMAD HAIKAL RAMLI
5 Januari 2024, 8:00 pm
Erul Samah menegaskan segala pendapatnya bersifat terkini bertepatan dengan julukan diberikan iaitu Raja Komen.
PETALING JAYA – Didakwa kebulur perhatian oleh sebilangan peminat dek kerap menempel di bahagian komen mana-mana hantaran artis mahupun pempengaruh, penyanyi Erul Samah enggan mempedulikan tanggapan tersebut.
Kata pemilik nama penuh Khairul Najmuddin Abu Samah itu, segala pendapatnya bersifat terkini bertepatan dengan julukan diberikan iaitu Raja Komen.
“Saya tidak kisah orang nak cakap apa, penerimaan komen saya bergantung kepada netizen mahupun artis itu sendiri, setakat ini semuanya okey sahaja, kalau ada yang benci saya nak buat macam mana.
“Saya rasa sebagai Raja Komen, saya memperbetulkan pandangan orang terhadap sesuatu kenyataan dan fakta yang dihantar mana-mana artis.
“Kadang-kadang bila orang baca, mereka cenderung kepada perspektif negatif, dan mulalah komen ikut emosi, jadi saya komen balik untuk perbetulkan apa sebenarnya yang ingin disampaikan,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ditanya bagaimana dia boleh meninggalkan komen dengan pantas pada setiap hantaran selebriti mahupun mana-mana individu dikenali, penyanyi berusia 33 tahun itu mengakui mempunyai pasukan media sosialnya sendiri.
“Kalau perasan setiap komen yang saya tinggalkan ada yang lawak, marah, menasihati dan sebagainya sebab akaun saya diuruskan ramai orang.
“Saya ada pasukan saya sendiri yang bertanggungjawab memberi respons kepada setiap hantaran, tetapi apa-apa komen mestilah melalui saya sendiri, kita tidak mahu sebarang komen berunsur menyakiti mahupun membenci individu terbabit.
“Pada akhirnya, niat saya murni, hanya ingin menyampaikan pendapat dan nasihat baik kepada individu yang membuat hantaran mahupun netizen yang mengecam,” ujarnya panjang lebar.
Sebelum ini, bekas peserta program Akademi Fantasia ke-9 (AF9) itu mencuri perhatian orang ramai apabila sering dilihat aktif meninggalkan komen pada sesebuah hantaran dan isu yang sedang tular.
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen berpendapat jejaka asal Kuala Lumpur itu terlalu mencuba untuk meraih perhatian kerana karier nyanyian yang semakin tidak ke mana. – KOSMO! ONLINE.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry, still x kenal retis ni. Btw, awat tebal nau pondensen nya? |
|
|
|
|
|
|
|
Sape kau Erul 5 kupang?
X kenal pun.
Ko "Raja Komen" pun xde sape nk amik port.
Sedih nau hidup ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran pun sendiri yang bagi. Sedih hidup kau kerja bertenggek dekat ig je |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu mcm berisi kan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni nyanyi sedap jgk.tp sbb org turn off dia terlalu kpop patutnya time abes prtanding dulu tu keluar la single ke apa bg org malaysia kenal.ni brlakon cerita tah apa2 pastu senyap terus.lagu xde yg popular pon.syg sgt.suara dia boleh tahan |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu lps si erul ni mkn kt kedai pandan indah.. mmg ramai la plak geng2 nya.. perasan pun sbb dia neja sebelah jem duk fikir awat la muka mamat ni familiar. Hahahhahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Dia AF batch ayda mat aris kan? Dulu acah2 cute korea masa dalam AF. Sikit2 anyong sayor. Dah tersusun elok gigi dia. Masa AF dulu berterabur sikit |
|
|
|
|
|
|
|
laa artis ke dia? selalu nampak nama dia duk mencapap komen2 kt ig |
|
|
|
|
|
|
|
Saya kenal dia walaupun dia tak kenal saya.
Hahahaha...
Sebab saya tengok AF zaman dia ni.
Paling ingat, Pak Nil sebut nama dia... dia ingat dia berjaya ke konsert seterusnya, rupanya terkeluar... dia siap sujud syukur masa tu... kesian pulak tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Raja komen ke raja ponen? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko sapeeeee dapat gelaran bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Ko saper yea anak oiiii. Acik x kenal lgsg lps tgk nama pun x kenal cuma nk ckp ko ni straight ke bengkok |
|
|
|
|
|
|
| |
|