CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9769|Reply: 7

Tebas Semak Lebih 10 Jam, Rehat 20 Minit- Pekerja Hanya Dibayar Gaji RM14 Sehari

[Copy link]
Post time 8-1-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Tular di media sosial posting seorang individu yang mengiklankan kerja kosong mencari empat pekerja di ladang kelapa sawit.


Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat kecaman daripada warga maya yang menganggap gaji atau upah yang ditawarkan sebagai tidak masuk akal kerana terlalu rendah.


Berdasarkan iklan yang tertera, pekerja akan dibayar sebanyak RM14 setiap hari dengan tugas bermula dari pukul 7 pagi dan berakhir pukul 5.30 petang.




Gambar Hiasan




"Mencari pekerja empat orang. Menebas semak dan pokok sawit di kawasan ini. Gaji RM14 sehari," katanya.


Dalam hantaran sama, pengiklan turut menyatakan bahawa peralatan untuk melakukan kerja-kerja menebas ada disediakan.


Bagaimanapun, pekerja terpaksa datang ke tempat kerja menggunakan pengangkutan mereka sendiri.










"Sabit dan parang ada disediakan. Transport ke tempat kerja adalah tanggungan sendiri," katanya.


Bagi pekerja yang bekerja lebih masa iaitu sehingga pukul 8 malam, bayaran tambahan berjumlah RM2.50 akan diberikan.




"Kerja jam 7 pagi sampai pukul 5.30 petang. Ambil overtime (lebih masa) sampai 8 malam dapat cash (tunai) RM2.50.


"Waktu rehat pukul 12.30 tengah hari sampai 12.50 tengah hari sahaja. Boleh hubungi melalui 'personal message' atau WhatsApp," katanya lagi.


Hantaran yang dibuat dikongsikan semula oleh seorang individu lain dalam bentuk tangkap layar di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.


Rata-rata netizen memberikan komen berbentuk sindiran kerana tidak bersetuju dengan gaji yang ditawarkan.


Bukan itu sahaja, waktu rehat yang ditetapkan iaitu selama 20 minit turut menjadi pertikaian netizen.


"Buat sendiri je la bos. Lagi jimat tak perlu bayar sesiapa.


"Biarlah saya upah abang RM50, abang yang buat (tebas).


"Kenapa zalim sangat. Elok bakar je kebun tu sikit, modal tak sampai RM14 sejam," komen netizen.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 01:15 PM | Show all posts
kejam weh murah sgt tenaga kerja ni
bangla caj mesin rumput umah aku yg laman kecik tu pun rm50 tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 01:27 PM | Show all posts
org lokal suka bg gaji kecik2 tp keja punya susah atau kotor.. lps tu meroyan xda org lokal nak keja.

kalau kedekut tu xpyh upah org, buat je semua sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Umak aii.. Meols punya backyard yg lg kecik dr kangkang kera pn kasi rm15 takat cabut² weed.
No more than 30min punya kirija & xdan siap pon sbb ujan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 02:13 PM | Show all posts
menipu je ni...saje undang mrh org...kat kg tanah sekangkang kera pon mak aku byr rm100 sampai bersih...slalunya konsep potong rumput bkn by hari tp by persegi/luas kwsn...baper hari hang nak settlekan tu terpulang janji bersih da siap br byr..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm 14 sehari ko pg tebas sendiri la hanat. Rm 14 sekali mkn lunch je. Abeh upahnya Tarak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 12:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039594 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list