View: 5804|Reply: 4
|
Biker Syok Pulas Minyak, Tukar-Tukar Lorong Waktu Jalan Sesak Akhirnya Hampir Mati Bergesel Dengan Treler
[Copy link]
|
|
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi nyaris maut ketika melalui lebuh raya Florida yang sesak.
Menerusi rakaman video tular, penunggang motosikal jenis Honda CBR600RR itu dilihat memecut laju sambil bertukar-tukar lorong meskipun terdapat banyak treler.
Dia yang enggan memperlahankan kelajuan, kemudiannya cuba memintas sebuah treler di sebelah kiri sebelum melanggar bahagian belakang trak pikap berwarna hitam.
Foto: NDTV
Pertembungan tersebut membuatkan dia tidak sedarkan diri dengan keadaan masih menunggang.
Pada masa sama, badannya bergesel dengan treler di lorong bersebelahan seterusnya tercampak ke dalam parit.
Kemalangan yang berlaku mengakibatkan lebih 20 tulangnya patah termasuk di muka, rusuk dan tulang belakang.
Sumber: NDTV |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke ni? Kalau betul, padan muka n no al-fatihah for him |
|
|
|
|
|
|
| |
|