View: 5161|Reply: 0
|
Bapa Qabil sambut baik tawaran KBS
[Copy link]
|
|
HANNAH bersama Qabil (dua dari kanan). FOTO Hannah Yeoh
Kuala Lumpur: Segala tawaran dan pertolongan ditawarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disambut dengan gembira bapa pelumba cilik, Qabil Irfan Azlan demi perkembangan karier anaknya.
Menurut Azlan Abdul Rahman, beliau bersedia melakukan apa sahaja termasuk untuk membawa keseluruhan keluarganya berpindah dari Terengganu ke Selangor.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kerana penghargaaan ini. Ini usaha yang baik untuk karier Qabil termasuk perpindahan sekolah ke Selangor nanti," katanya.
Ujar Azlan, pengorbanan itu perlu dibuatnya demi memastikan Qabil dapat menggapai cita-cita menjadi pelumba terbaik negara terutama ke pentas MotoGP satu hari nanti.
Azlan turut berterima kasih kepada Hannah apabila turut menawarkan pekerjaan sesuai kepadanya selain memastikan Qabil terus mendapat sokongan padu terutama diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam program pembangunan sukan permotoran negara yang dikelolakan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"Apapun, syukur Alhamdulilah kerana kami mendapat peluang seperti ini. Keputusan perlu dibuat kerana ini adalah untuk kemajuan anak saya Qabil.
"Demi kemajuan anak kami perlu berkorban kerana selepas ini Qabil akan menghadapi jadual sedikit padat untuk melakukan persiapan selepas akan melakukan persiapan beraksi di Moto4 Kejohanan Superbike Eropah (ESBK) di Sepanyol dan juga FIM Mini GP Malaysia Series 190cc.
"Soal perpindahan isteri dan tiga anak saya lain belum diputuskan lagi. Kami perlu fikir cara terbaik untuk menguruskannya dan tak boleh keputusan melulu. Buat masa ini fokus utama adalah Qabil," katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya antara tawaran pekerjaan bakal ditawarkan kepadanya belum diputuskan tetapi dia juga dimaklumkan oleh ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin untuk membantunya di bengkel.
"Saya dimaklumkan untuk membantu ZK Racing terutama soal mekanik dan kemungkinan saya juga akan bersama Qabil di ESBK nanti. Keputusan akhir belum diputuskan dan ini adalah perbincangan awal.
"Saya tidak adalah masalah kerana jiwa saya memang seorang mekanik. Mengenai soal pengurusan, saya menyerahkan bulat-bulat kepada Zulfahmi untuk mengerjakannya," ujanya.
Semalam, Hannah mengumumkan Qabil Irfan diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam program pembangunan sukan permotoran negara yang dikelolakan SIC.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ut-baik-tawaran-kbs |
|
|
|
|
|
|
| |
|