CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10454|Reply: 27

17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan! Putera Mateen Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

[Copy link]
Post time 11-1-2024 06:22 PM | Show all posts |Read mode





PANGIRAN Muda 'Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, Khamis.


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menyaksikan majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat diraja.


Terdahulu, Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.


Dayang Anisha tampil anggun dengan busana putih.




Awang Adam Abdullah iaitu bapa pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498).


Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.


Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.


Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.


Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.


Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari.


Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.


Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.








Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2024 06:42 PM | Show all posts
apa la nasib acik2 yg meletup ovari beberapa tahun sudah selepas melihat gambar ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dio5774: apa la nasib acik2 yg meletup  ...


Obari membusuk ajolaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnya jd anak raja ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 07:31 PM | Show all posts
dayang anisha ni kalau mekap beriya senang nampak tua
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat bermalam jumaat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2024 07:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 11:47 PM | Show all posts
As someone from Bruneiku terchenta, I don't give a damn about this lol, org lain je x hbis2 bising psl dia ni, semak je tngok dan dngr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
br tgk video nikah disebutnya satu ribu ringgit.. kat sn kan pakai dollar
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ka uols tak dibenarkan travel keluar negara selama 2 minggu sempena majlis kawin gilang gemilang putera raja chuols @gideoncross ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak cantiknya baju Melayu polka dot sebegitu nampak macam kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Si Dayang ni pula tak lawa berseri lansung di hari nikah apsal buat rambut, buat mekap camtu nampak tua awal 30an?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross: As someone from Bruneiku terch ...



Aku smlm mimpi dayang.. hahaha.. dia lari dr istana pas tuu jumpa aku.. dia ckp dia mcm tak pasti naknkawin satu lg dia nak enjoy.. so kitaorg enjoy laa jln jln mkn mkn lepak.. pas tuuu aku hantar dia balik yestana . Aku nasihat diaa.. pi la kat somi ko.. satu lg aku bg no phone aku kat dia.  Kalo bosan jum kita jln jln lagiii.. sedar sedar rupanyaa mimpi.. hahajahs.. jd laa wpun mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 07:53 AM | Show all posts
imanda replied at 12-1-2024 12:05 AM
br tgk video nikah disebutnya satu ribu ringgit.. kat sn kan pakai dollar

matawang brunei dollar brunei, tapi theolls tetap panggil matawang theolls as ringgit. except klu theolls speak english.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 07:59 AM | Show all posts
tahniah semoga bahagian ke anak cucu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
imanda replied at 12-1-2024 12:05 AM
br tgk video nikah disebutnya satu ribu ringgit.. kat sn kan pakai dollar

Sana mmg dia sebut ringgit. Tp ringgit Brunei la. Value dia sama mcm sgd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 09:39 AM | Show all posts
Pengantin laki pun nampak hambar, wedding of the era kata satu saluran berita, tapi seri majlis macam takda.
Ke daku dah kena pegi check mata
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak tak bertudung?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Serrrriibuuuu ringgit..

Airmuka gelisah tul.. berdebar kot.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 10:06 AM | Show all posts
Buritan replied at 12-1-2024 06:10 AM
Aku smlm mimpi dayang.. hahaha.. dia lari dr istana pas tuu jumpa aku.. dia ckp dia mcm tak pasti ...

menarik mimpiko ni mcm tgk drama lak. untong wo klu betul2, kwn dgn bini anak raja weh, kot la dpt hadiah2 mahal seketul dua bila dia p lepak2 dgn ko
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054893 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list