JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah bilik sewa yang dihuni seorang wanita berada dalam keadaan berselerak, kotor dan dipenuhi sampah, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Berdasarkan video yang dikongsi pemilik bilik sewa tersebut di platform TikTok, dia berkata, penghuninya ialah seorang pelajar perempuan yang cantik dan sentiasa berpakaian menarik.
Namun, dia tidak menyangka sikap sebenar penyewa tersebut berbeza dengan penampilannya setiap hari.
“Penghuninya cantik dan sentiasa kelihatan kemas apabila berada di luar. Namun, di dalam bilik, pakaian dan barangnya bersepah. Kebetulan pintu tidak dikunci,” kata pemilik tersebut.
Dalam video itu, periuk nasi dilihat di atas lantai dalam keadaan tidak dibasuh bersama sisa nasi yang sudah kering.
Turut kelihatan adalah batu lesung masih basah serta piring dengan sisa lauk yang belum dibuang.
Antara sampah lain seperti bungkusan makanan, plastik serta kesan kotor makanan pada permaidani selain almari pakaian turut berisi sampah.
“Terhidu bau busuk di luar bilik dan keadaan sangat kotor. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” kata pemilik itu menerusi komen pada hantaran tersebut.
Video itu menerima pelbagai komen netizen.
“Almari pakaian dijadikan tong sampah,” kata seorang netizen.
“Terus usir sahaja kakak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
mmg org pengotor ni bukan bole dibuat-buat dah lepas kawen baru jadi rajin sebab aku pernah jumpa perangai pemalas pengotor lepass tu kata dh kawen nti rajinla tidaknya mau..disiplin kena prektis dari awal takde maknanya dah kawen baru nk pandai buat itu ini tu pasla jadi stress sebab tak reti buat keje semua jadi lembab slow terhegeh nk masak satu lauk berjam2 pastu anka nangis baru terhegegh2 tukar lampin buat susu eh kt dapo plak tengah goreng ikan dah hangit tgk2 jam dah pukul 3 ptg tak siap lagi.
moral of the stori aku nk cakap masa bujang orang lalu bilik pun dah bau harum sebab bilik tu sentiasa kemas dan wangi. ni kalu bilik busuk ko kat luar pun dah bau kepam jika dari bujang kau dah prektis disiplin bila kawen atau pun hidup sorg sbgi single parents takde stress sebab semua tu dah biasa mengamalkan disiplin kemas dan teratur. ni kang esok dah kawen espect laki buat semua ok takpe kalu dpt laki rajin ni kalu laki sama2 pemalas alamat berulat dan busukla laki bini.