View: 8455|Reply: 23
|
‘Tengok Muka Saya Baik-Baik, Adakah Saya Jenis Suka Menipu?’ - Chef Wan
[Copy link]
|
|
“GILA ke saya nak rosakkan nama saya sendiri?”
Itu respons personaliti masakan popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang berdepan tuduhan menganiaya pekerja restorannya.
Menurut Chef Wan, perkara berkaitan pengurusan atau sumber manusia Kumpulan Restoran Chef Wan (CWGR) bukan bawah kendaliannya kerana dia hanya bertanggungjawab mengendalikan resipi serta menjaga kualiti makanan.
Sejak awal bekerjasama, saya sudah terangkan secara jujur dan ikhlas. Saya tak buat keputusan untuk gaji kakitangan atau mengambil, memecat kakitangan dan operasi.
“Jadi, saya tanya rakan perniagaan dan Pengurus Besar untuk jelaskan kepada saya jika betul (dakwaan) kerana membabitkan nama saya yang tidak berdosa ini.
“Saya dimaklumkan bahawa dakwaan itu tidak betul,” katanya dalam perkongsian Instagram.
Menurut Chef Wan, memang ada kakitangan yang diberhentikan dan dipotong gaji atas faktor prestasi kerja, tidak berdisiplin atau didapati menipu syarikat.
“Sebahagian pekerja ini sebenarnya tidak gembira dan berhenti kerja selain ada pula yang asyik bergaduh sehingga memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan serta makanan kami."
"Takkan mereka sampai tak boleh ditegur? Takkan sebagai majikan, kita nak tunduk kepada fitnah atau ugutan mereka?
“Jadi, saya cuba memahami keadaan kedua-dua pihak sehingga ke akar umbi bagi mencari punca supaya nama saya tak tercalar kerana saya yang tersepit di tengah-tengah,” ujarnya.
Baginya dia tidak mungkin melakukan perbuatan yang menganiaya pekerja tanpa sebarang sebab.
Tengok air muka saya baik-baik, adakah saya jenis manusia yang suka menipu? Nampak sangat tuduhan datang dari hati tidak baik.
“Jangan fitnah saya. Hanya kerana tidak setuju dengan polisi syarikat, saya dikatakan penipu,” ujarnya.
Sebelum ini tular di media sosial tentang pendedahan seorang pekerja di restoran De.wan 1958 by Chef Wan yang mendakwa gajinya dipotong sebanyak RM1,000 tanpa diberikan sebab munasabah.
Susulan itu Chef Wan menjadi sasaran kecaman ramai memandangkan restoran berkenaan menggunakan namanya.
Pengurusan CWGR pula mengeluarkan kenyataan penularan itu adalah berita palsu, malah syarikat terbabit memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. |
|
|
|
|
|
|
|
antara branch bangi vs kleast, iols prefer kleast. layanan overall, mmg better kleast. |
|
|
|
|
|
|
|
dont play2 dengan pekerja tau... ada yang sejenis takkan mengaku salah n siap fitnah sana sini, lagakan sana sini... busuk hati dia tu sampai nak buat company jatuh terduduk...
tapi tak nafikan ada jugak pekerja yang teraniaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian juga kat chef wan..ujian bertimpa-timpa utk dia 2024 ni |
|
|
|
|
|
|
|
restoran tu bukan beliau punye
chef wan jadi ambassador brand rupenyee ????
nak kopipes tak reti
korang bace sendiri je lah
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2022/08/27/globaltec-set-to-acquire-45-stake-in-chef-wan039s-fb-business-for-rm20mil
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols jadi heshe, iols panggil pengadu jugak face to face.... dgr both side...
setakat potpetpotpet dengar cakap biz partner je tak bring justice pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah. Bagi pihak meols, mcm tak logic plk seorang individu berani gila nak go against Chew Wan punya company mcm ni. Yelah, Chef Wan kan asyik berzikir je yg dia ni famous, org atasan, ternama, bla bla bla. I mean, tgk case si muka buruh si Shahmira tak sedar diri tu. Pekerja bising sbb berasas. Cuba panggil staff yg kena potong gaji tu, and tanya sendiri. Ni engko dok tanya pihak2 atasan company engko je. Molot kau cemana senyappp lah pulakk. Haruslah pihak pengurusan deny deny deny. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 16-1-2024 01:45 AM
Entahlah. Bagi pihak meols, mcm tak logic plk seorang individu berani gila nak go against Chew Wan p ...
Antara dua kes ni, Cwan n Shamira, (walaupun kedua-duanya mungkin sekadar 'muka depan' jer), Shahmira handle dengan lebih responsible.
Shahmira amik tanggungjawab. Takder dia lepas tangan bukan dia yg handle soal gaji kwsp bagai (walaupun sekadar muka depan), takder ngaku dia muka baik, muka jujur bagai. Takder dia tuduh yg komplen tu hati busuk. Takde dia kata pekerja buat tuduhan palsu. In this regard, Shahmira is more respectful in my eyes.
Potong gaji sampai tahap gaji minimum lagi menyakitkan dari delay bayar kwsp. Never in my working experience kena potong gaji. Tapi delay bayar kwsp, ada, sebab company kurang untung. VSS dgn tiga bulan gaji pun ada, cuma tak terpilih.
Keep in mind, kwsp kalau delay tetap la kena bayar, sebab ada akta undang². Kalau lewat ada denda + interest yg kena bayar. Tak bayar gak, turun naik mahkamah + masuk penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
ye..bkn kaleng2..xmgkin suke2 je staff berani komplen..mesti la ade asas dan bukti kukuh...menjwb la ko chepone..bkn mslh tgk muka baik2 ke ape..ni mslh communication..ko turun pdg x jenguk staff2 ko tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau famili sendiri pun dia boleh maki and malukan...mesti dgn staff pun dia buat macam tu. So aku percaya jer ada staff yg tak tahan dan luahkan. Kalau tak betul kenapa tak report polis jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat dulu dia malukan menantu dia semata2 sebab sofa buruk. To me kalau mak bapak kaya, janganlah nak anggap anak menantu boleh kaya juga. Ko dah berapa lama kumpul harta. Anak menantu baru nak hidup. Dia jatuhkan nama orang boleh, orang jatuhkan nama dia tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang fnb staff ni macam2 peel. Keluarga terdekat pernah lah bukak biz fnb jap. Memang boleh jadi gila handle diorang ni. Sesuka hati tak datang, tetiba MIA. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut track record tokwan ni, tengok muka dah tau jenis defensive & narsis... so, kemungkinan cerita staff adalah benar.. HAAHAAHAHAHAHAHAHAHAHA!
|
|
|
|
|
|
|
|
Perasan muka suci mulut baik hati bersih sexuality straight |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 17-1-2024 07:16 PM
Senang sangat la hidup kalau tengok muka aje boleh tahu orang tu menipu ke tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Buka baik2?
Entahlaaa tak sampai hati nak bagitahu org muka kita ni baik ke jahat ke.
Biarlah org yg judge... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ada terbaca komen dkt tiktok.. mana dia tau apa kd kat restoran dia sbb asyik bercuti dgn bf muda… |
|
|
|
|
|
|
| |
|