CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26086|Reply: 298

Belum puasa, 10 Mac tengok anak bulan – Siti Nurhaliza

[Copy link]
Post time 19-1-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Belum puasa, 10 Mac tengok anak bulan – Siti Nurhaliza

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... lan-siti-nurhaliza/

Oleh NUR EMIRA SAIZALI
19 Januari 2024, 2:25 pm


SITI Nurhaliza tampil menjawab dakwaan netizen dengan menjelaskan konsertnya nanti tidak berlangsung pada bulan Ramadan.

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyelar segelintir netizen yang masih melontarkan respons negatif terhadap penganjuran Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac depan.

Menurut Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, konsert tersebut berlangsung sebelum Ramadan, bukan seperti mana yang didakwa netizen.

“Saya betulkan, tarikh 10 Mac merupakan hari tengok anak bulan puan.

“Belum berpuasa lagi tetapi saya doakan puan dan keluarga juga,” balasnya dalam ruangan komen.



Pelantun lagu Anta Permana itu berkata demikian bagi membalas komen seorang individu yang melemparkan tuduhan bahawa konsertnya berlangsung pada bulan Ramadan.

“Akhir zaman, malam Ramadan itu, 10 Mac sudah puasa,” ujarnya.

Semalam, menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti iaitu Yayasan Nurjiwa, menjelaskan tujuan utama konsert itu diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Pada masa sama, Yayasan Nurjiwa turut memaklumkan, menurut pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hanya  Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang tahun 2024.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berhubung penganjuran acara mega bertarikh 9 Mac tersebut agar dianjakkan ke tarikh baharu bagi menghormati kehadiran bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
acik siti tak pernah salah
orang lain yg salah
so biarkan je la dia buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 19-1-2024 05:17 PM
acik siti tak pernah salah
orang lain yg salah
so biarkan je la dia buat apa

Haa kan? Takkan lah orang yang baru balik sambut birthday kat mekah, berpuluh kali buat umrah, hajah pulak tu nak buat salah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg keras kepala sbbtu caras laki tua
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling betul
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjawab ngan mufti, menjawab ngan acik netizen

Apa nak jadi mak iti. Dia ni lembut. Nampak keras time dia berkeras nak kawen ngan tok k dan bila dia nak buat konsert.

Lain lain dia lembut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols bukan lg fan tokti, tp dlm hal ni iols sokong tokti dari atok lobai entah cemana leh jd mufti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mopti dapig tu dari dulu busuk hati dgn org melayu. Apa yg org melayu buat dia memekak ckp salah tp kalo kapir buat, dia sokong dan jilat plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
terbaik choker
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 06:14 PM | Show all posts
ingat tokti tu lembik ka nak dengar cakap haterz terpaling ramadon?
tidak yach...
tokti flip tudung jah saying show must goes on...
sambil haterz2 hanya mampooo pasang lagu raya tokti seawal 1 ramadon


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dia menjawab pasal bulan puasa
Baik jawab TARIKH TU JE STADIUM KOSONG
Kan mudah

Itu pun nak kena ajar ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 19-1-2024 06:02 PM
Iols bukan lg fan tokti, tp dlm hal ni iols sokong tokti dari atok lobai entah cemana leh jd mufti.

Sebab dia berilmu lah dia jadi Mufti. Benda yg salah kena tegur lah itu tugas dia sebagai Mufti, kalau tak tegur nnt orang kata dia makan gaji buter pulak..di akhirat nanti kena menjawab dengan Allah.

Cuma aku hairan mekti ni selalu join usrah dgn Ustaz Wadi Anuar, i wonder apa yg ilmu Ustaz Wadi sampaikan. Tidak ker ustaz beritau suara wanita itu aurat, berhias-hias cantik2 bukan untuk suami  dan menjadi tontonan awam itu haram. Berjoget2 bergoyang atas pentas menjadi tontonan awam itu haram?? Dalam usrah tu citer pasal apa ajer?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
soulmatte replied at 19-1-2024 06:27 PM
Sebab dia berilmu lah dia jadi Mufti. Benda yg salah kena tegur lah itu tugas dia sebagai Mufti, k ...

Itu yg aku pelik jugak Wey
Apo yg ustaz Wadi sampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
soulmatte replied at 19-1-2024 06:27 PM
Sebab dia berilmu lah dia jadi Mufti. Benda yg salah kena tegur lah itu tugas dia sebagai Mufti, k ...


Tak semestinya dia mufti ilmu dia lebih. Tak semestinya apa yg dia cakap salah itu adalah benar dan tepat salahnya. Bagi lah dalil yg kata lagi 2-3 hari nak bulan Ramadhan dilarang berhibur ??? Benda simple tak payah nak complicated. Sebab tu ramai malas nak follow Islam sebenar, benda yg x perlu dipertikai dihebah2 dan diperbesarkan. Org mcm ni la yg memecahbelahkan umat Islam tu sendiri

Allah bagi akal pd setiap manusia utk berfikir. Bukan Allah bg akal fikiran utk bergantung pada akal orang lain utk tentukan whats right whats wrong.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
On the other hand yg terpaling Islam sibuk pasal dosa pahala org, Islam larang perempuan menyanyi berjoget etc ni masuk bod gosip cari apa ye ??
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
soulmatte replied at 19-1-2024 06:27 PM
Sebab dia berilmu lah dia jadi Mufti. Benda yg salah kena tegur lah itu tugas dia sebagai Mufti, k ...

Agak-agak nya ustaz2 ada PM tepi tak eh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 19-1-2024 07:34 PM
Tak semestinya dia mufti ilmu dia lebih. Tak semestinya apa yg dia cakap salah itu adalah benar da ...

Ngok la ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasala akhir zaman...yg salah nampak betul..yg betul nampak salah...yg salah dipuja..yg betul dikeji...


Kehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
So klu nampak anak bulan terawih serentak concert ....best nye zoners
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:40 PM | Show all posts
noor2 replied at 19-1-2024 08:14 PM
Biasala akhir zaman...yg salah nampak betul..yg betul nampak salah...yg salah dipuja..yg betul dikej ...

mestilah mufti bethol... takkan tidakkk... tak caya cer tanya mufti tu apa pendapat mufti tentang ummah berforum dalam bod gossip? ke masa tu mufti salah? takkan la khennnn akhir zaman gitula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.899967 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list