CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4673|Reply: 7

[Dunia] Lambat mulakan persembahan, Madonna disaman peminat

[Copy link]
Post time 19-1-2024 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 20-1-2024 03:28 AM

DUA peminat Madonna memfailkan saman persekutuan terhadap penyanyi terkenal itu pada Rabu lalu kerana lewat hadir ke konsertnya Disember lalu.

Konsert jelajah Madonna’s Celebration di Barclays Center yang dijadualkan bermula pada 8:30 malam namun bermula selepas 10:30 malam pada ketiga-tiga malam.

Menurut saman yang difailkan di mahkamah persekutuan Brooklyn, plantif Michael Fellows dan Jonathan Hadden yang menghadiri pertunjukan pada 13 Disember berkata, mereka tidak akan membeli tiket jika mereka tahu konsert itu akan bermula dan berakhir begitu lewat.

“13 Disember tahun lalu adalah malam Rabu, jadi peminat yang mementingkan tidur pada hari bekerja tidak bernasib baik.

“Selain itu, ramai pemegang tiket yang menghadiri konsert pada malam minggu terpaksa bangun awal untuk pergi bekerja dan atau mengalas tanggungjawab keluarga mereka pada keesokan harinya,” ujar plantif.

Dalam pada itu, menurut aduan sivil yang ditulis oleh peguam Richard Klass dan Marcus Corwin, konsert yang selesai pada waktu lewat itu menyebabkan peminat terperangkap di Brooklyn kerana pengangkutan awam terhad, perkongsian perjalanan terhad dan peningkatan kos pengangkutan awam dan swasta pada lewat jam itu.

Sementara itu, mereka juga menyaman Pusat Barclays dan Live Nation kerana mempamerkan pengiklanan palsu, salah nyata yang cuai dalam amalan perdagangan serta mengelirukan penonton yang membeli tiket.

Sekadar info, permulaan acara lewat ini didakwa menjadi kebiasaan buat Madonna. Dia melangsungkan lima pertunjukan di Boston, Toronto dan Detroit bulan ini dan hadir ke pentas antara jam 9:50 hingga 10:30 malam.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 04:12 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 05:31 PM | Show all posts
Aku suka society yang macam ni. Sesuai dgn jiwa ku.

Ko cakap 8.30 make sure 8.30 ya, no if no but. I have a perfect plan and I expect a perfect execution.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek sakit urat ke?


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyer di saman....dua jam kot lewat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 07:13 PM | Show all posts
Hak pembeli tiket kot. Dah janji jam sekian2, bole pulak nekdonna nih lambat 2 jam. Hormati masa org ya nek.

Tingat retis seberang yg komen psl persembahan minah blackpink yg mana entah. Dia berhaklah kan nak bersuara, dah keluarkan duit beli tiket beribu2 hengget - sekali tengok performance sendu tahap badak menguap. terus balaci kpop serang dia, sampai sumpah mandul. Gilosss. Kau ingat semua org taksub mcm kau kah. Menyanyi sambil baring2 berbantalkan lengan pun ko kata marbeles
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka licin tp tang jari tu, umang aiii......berkedut habiss
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 11:09 PM | Show all posts
Penganjur konsert Keraspilir tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:42 AM GMT+8 , Processed in 2.091582 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list