LEBIH tiga dekad mencanai bakat dalam industri seni hiburan tanah air, primadona filem Melayu alaf baharu Erra Fazira tidak lagi perlukan pengenalan panjang, hampir mustahil khalayak tidak mengenali aktres jelita itu.
Seperkara menyenangkan setiap kali bersua dengan bekas ratu cantik itu, beliau jarang mengelak daripada memberi jawapan kepada setiap pertanyaan media.
Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah soalan panas melibatkan kehidupan peribadinya, pasti ada penjelasan terbit menerusi bibirnya. Tujuh tahun menjanda selepas dua kali retaknya rumah tangga dibina, pemilik nama penuh Fazira…