MENGAGUMI semangat artis serba boleh Alif Satar mengimarahkan masjid dengan melaksanakan misi #GengSubuhMacamJumaat, penyanyi Datuk Nora Ariffin menyeru pihak mufti dan golongan pendakwa memberi sokongan terhadap usaha dakwah itu.
Perkara itu disuarakan pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, selepas melihat sambutan hebat yang diberikan terhadap perjuangan Alif yang mahu masjid dan surau dihadiri ramai jemaah pada waktu solat subuh.
Saya cadangkan mufti dan golongan pendakwah memberi sokongan padu terhadap insiatif Alif kerana mengajak orang ramai ke masjid.
Bukan mudah hendak suruh golongan muda berjemaah di masjid pada waktu subuh,” katanya dalam Instagram.
Selain mufti dan pendakwah, pelantun lagu Hanyalah Satu itu turut berharap agensi berkaitan agama untuk terus membantu serta memberi sokongan terhadap usaha dakwah terbabit.
Saya menyeru pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan agensi agama yang lain terus memberi sokongan.
“Cadangan ikhlas daripada saya. Alif, teruskan usaha, ini adalah dakwah,” ujarnya.
Semalam, Jakim menzahirkan sokongan terhadap usaha Alif yang menggerakkan #GengSubuhMacamJumaat dengan mengimarahkan inisitiaf tersebut di tiga masjid utama di bawah pentadbirannya iaitu Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Negara bermula minggu depan.
Sejak Disember lalu, inisiatif Alif untuk menyemarakkan masjid pada waktu subuh meraih sambutan hebat daripada orang ramai.
Usaha tersebut dibuktikan apabila beberapa masjid sekitar ibu negara dibanjiri orang ramai bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah. – HIBGLAM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 23-1-2024 06:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tukul replied at 23-1-2024 06:34 PM
Tiba2 nora ni nunggang mufti ye..mentang2 tgh.hangat mufti lawan citot...bodo lor...
Kheunz? Insttead of dia sarankheun mufti utk endorse usaha insan lain diluar sana..why dont dia sendiri meneruskheun usaha ini? Atau dia jenis yg perlukheun endorsement dari ilmuwan agama seperti mufti utk baru semangatnyer berkobar kobar utk memeruskheun usaha murni ini?
Post time 23-1-2024 06:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau dulu bila org alim/berilmu memberi teguran atau kata2.. para retis diam xberkutik..mungkin sedar diri ilmu xseberapa dan mungkin juga perasaan hormat kpd org alim tinggi levelnya...tp sekrg..xkira retis nonretis..semua tgk blh lekeh2kan je.. begitulah perangai manusia yg makin hari makin hanyut dgn dunia dunia dunia..bila ditegur sikit bab beragama...kemain melatah msg2...terasa die diatmosfera lain kut...ikut kamu kamu la semua...