Usahawan juga penyanyi Mila Jirin mengakui suaminya, Isz Mustapha, 42, sudah mengizinkan dia untuk buat 'comeback' (kembali menyanyi) selepas enam tahun menyepikan diri dalam bidang nyanyian.
Menurut Mila atau nama sebenar, Noorsyarmilla Jirin, 36, sebelum ini, suami tidak membenarkannya menyanyi kerana bimbang dia tidak dapat membahagikan masa dengan anak serta bidang perniagaan.
Kata bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) pada 2007 itu, dia juga mahu muncul dengan single baharu kerana memenuhi permintaan dari peminat setianya.
"eminat yang mahu saya kembali menyanyi. Malah, ramai pihak yang mahu saya buat persembahan selepas saya menyanyi di aplikasi TikTok sebelum ini.
"ada masa sama, suami juga sudah beri kebenaran kerana anak kami pun sudah berusia tujuh tahun dan perniagaan juga stabil. Kami juga sudah memiliki 'team' (pasukan) yang ramai di Bizmilla untuk menjalankan perniagaan," katanya ketika ditemui Harian Metro.
Mengulas kerjasama dengan Amylea pula, kata Mila, penyanyi dan komposer itu yang menghubunginya menerusi WhatsApp dan memberitahu ada lagu sesuai untuk single baharunya itu.
"Saya tengah buat rakaman demo dengan Amylea dan berasa teruja untuk proses rakaman single berkenaan di studio pada minggu depan.
"Single baharu ini genre balada dan sesuai dengan usia saya yang sudah dewasa dan matang sekarang.
"Insya-Allah, kami akan menghasilkan karya yang baik untuk peminat," katanya.
Mengenai undangan persembahan pula, Mila memberitahu dia memang tidak membuat sebarang persembahan pentas ketika ini.
"Suami baru izinkan saya buat single baharu dulu dan saya juga kena pujuk suami lagi untuk buat persembahan di pentas pula selepas ini.
"Sebagai anak seni, saya memang rindu untuk kembali beraksi di pentas dan menghiburkan orang ramai," katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada dia pernah menerima tawaran menjayakan program Gegar Vaganza (GV), kata Mila, tiada tawaran lagi.
"Setakat ini tiada tawaran. Siapalah saya? Kalau ada tawaran pun, Insya-Allah dipertimbangkan," katanya.
Post time 30-1-2024 09:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sore sheol mmg sedap dedulu…buat comeback pon sekadar nk lepas gian je la kot…xde lg retis yg buat comeback letopss kevavom…at the end kambus kuburan jua konsepnye…gosip sheol pon xde la terux sgt… pernah dikabarkan ada sugar dad jekkkksss…
Post time 31-1-2024 12:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada nampak orang share dia nyanyi lagu Dawai ke apa. Ramai puji dia nyanyi lagi sedap dari penyanyi asal. Memang dia belasah nyanyi betul, gian agaknya lama tak menyanyi.
tak jemu dengar lagu dawai cover by sheols... harap2 lagu sendiri sedap la ya.. mostly penyanyi byk cover lagu orang sedap tp bila lagu sendiri.. kureenggg...
hopefully mila buat lagu banyak2 & target masuk radio pun dah cukup.. tak perlu masuk ajl tu bagai... buang masa & buang duit... kalu menang takpe.. alih2 juri yang sama la tiap2 tahun... better jgn masuk ajl tu...
Post time 31-1-2024 03:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
salimrock replied at 31-1-2024 03:41 PM
bisnes pun masyuk, bizmilla kan?
kalo bisnes lg masyuk dr menyayi, baik bisnes,
before pkp bisnes dia mmg meletop tu beli property tak hengat dunia. then masa pkp ritu siap nangis2 bisnes merundum tp bagusnya dia try jual mcm2 nak cover gaji staf. skrg meletop balik bisnes dia.
***before pkp kazen kawen guna khidmat dia a to z jenuh nak slot in. makanan sedap byk lak tu selection
this year ada sorg lg kazen nak kawen guna dia gak tak dpt2 lagi tarikh yg ok, yg ada hjg2 thn je