CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15215|Reply: 24

‘Tak Adalah Rosak, Saya Masih Orang Yang Sama’ – Peminat Usik Cakap Nabila Razali Dah "Rosak" (Kelakar) Lepas Kahwin

[Copy link]
Post time 31-1-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode






Penyanyi dan juga pelakon jelita Nabila Razali sering mencuri perhatian apabila dia semakin terbuka untuk berkongsi video dan trend di TikTok sehingga peminat mengusiknya sebagai ‘rosak’ dan semakin kelakar.


Terbaharu, Nabila menjelaskan bahawa dia sekadar mengikut trend terkini dan mahu mendekatkan diri dengan peminat.


Memetik laporan Berita Harian, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mendedahkan dia masih orang sama dan hanya orang yang terdekat saja tahu bagaimana perangainya yang sebenar.


Menurut Nabila, dia cuba berkongsi video yang lebih santai supaya peminat lebih mengenali personalitinya yang sebenar.


"Tak adalah rosak, saya masih orang sama. Mungkin sebelum ini, saya jarang muat naik hantaran seperti itu, tetapi sekarang, lebih kerap".


"Bagi mereka yang kenal saya seperti kawan-kawan dan keluarga, mereka tahu saya macam mana. Jadi, saya tidak fikir ia isu yang perlu diperbesarkan.


"Sebelum ini, ada yang kata saya sukar didekati. Sekarang saya cuba kongsi video lebih santai agar peminat ingin kenali personaliti sebenar saya".


Tambah penyanyi berusia 32 tahun itu, ia bukanlah satu kesalahan yang besar selagi video yang dikongsi itu tidak menjatuhkan maruah diri dan keluarga.


"Ada yang cakap mentang-mentang sudah ‘settled’ (berkahwin), dia boleh buat apa yang dia mahu. Bagi saya, kenyataan itu kelakar. Tiada sebab apa pun, cuma saya hanya mahu kongsi dalam media sosial saja".


  



Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi Sabtu.


  



Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan rosak apa la tadi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 10:40 AM | Show all posts
ciknab memang kelakar...berbakat komedi... time nyanyi pun nak buat kelakar... hihi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Xheran pon. Boleh nmpk ler dia ni jenis cool n kelako
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla.. Walaupun rupa rakyat marhain, tapi aku puji style dia cantik juga la kalau dia pakai longgar2. Mungkin badan dia kurus dan dia ada hire stylist.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak le kamu nabila...asal tak masuk ajl ok je .
Nak buat sasau ke apa ke go ahead.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2024 01:27 PM | Show all posts
dia ni berlakon mmg best.. lebih terserlah dr bidang nyanyian
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 02:12 PM | Show all posts
tom2 replied at 31-1-2024 12:56 PM
Okla.. Walaupun rupa rakyat marhain, tapi aku puji style dia cantik juga la kalau dia pakai longgar2 ...

sejak tawin ni nampak dia kerap pakai baju longgar kan.. bagus la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 02:13 PM | Show all posts
winky1 replied at 31-1-2024 01:17 PM
Lantak le kamu nabila...asal tak masuk ajl ok je .
Nak buat sasau ke apa ke go ahead.

haa? tapi masuk.. tapi ada KB la untuk slamatkan keadaan kalo apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 02:14 PM | Show all posts
She-Ra replied at 31-1-2024 01:27 PM
dia ni berlakon mmg best.. lebih terserlah dr bidang nyanyian

sejenis dayan trisah.. nyanyi so-so, blakon ok. tp nab blakon lg terer la
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 02:15 PM | Show all posts
sukanyanyi replied at 31-1-2024 02:14 PM
sejenis dayan trisah.. nyanyi so-so, blakon ok. tp nab blakon lg terer la

daiyan tak best dlm dedua bidang ahhahaha puan nab mmg best dia berlakon.. hidup watak tuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
She-Ra replied at 31-1-2024 02:15 PM
daiyan tak best dlm dedua bidang ahhahaha puan nab mmg best dia berlakon.. hidup watak tuu

She berlakon watak yg ringan macam komedi mmg ok, kalau watak berat banyak menangis masih lagi kayu sikitlah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 03:33 PM | Show all posts
She-Ra replied at 31-1-2024 02:15 PM
daiyan tak best dlm dedua bidang ahhahaha puan nab mmg best dia berlakon.. hidup watak tuu

masa nyanyi pon kalo prasan, feel dia sampai, all out kan.. cuma kena lg tumpu kat vokal la kan. kdg berjaya, kdg out.. tp mcm da improve la kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hang ni cantik la ♥️ girlcrush
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dia berlakon dalam pengantin culik artis tu pon dah tau dia ni senget2 jugak sebenarnya.. Cuma x kn lah nk kena tunjuk sepanjang masa kan

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 05:39 PM | Show all posts
ctnorpropa replied at 31-1-2024 03:31 PM
She berlakon watak yg ringan macam komedi mmg ok, kalau watak berat banyak menangis masih lagi kay ...

yezzaa begituuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 05:41 PM | Show all posts
sukanyanyi replied at 31-1-2024 03:33 PM
masa nyanyi pon kalo prasan, feel dia sampai, all out kan.. cuma kena lg tumpu kat vokal la kan. k ...

iols tak folo naw karier nyanyian dia
lebih pd lakonan.. ada la beberapa cerita kelakar yg dia bawak menjadi
tp kesian jgk masa dia kena hentam pasal suara tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp dia ni x annoying. So i ok je tgk tiktok dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:03 AM | Show all posts
ok je dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:23 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 31-1-2024 10:40 AM
ciknab memang kelakar...berbakat komedi... time nyanyi pun nak buat kelakar... hihi

hahahhaha rasa nk copy paste ja komen uols ni dkt video tt dia acah2 comel dan kelakar tu

tapi kaknab ni berlakon not bad gak kan
cuma nyanyi je out
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 1.180944 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list