CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22102|Reply: 22

"Awak Kutuk Muka Dia Tapi Tunggulah Ketika Anda Tua Sikit Nanti", Liyana Jasmay Dikecam, Zain Saidin Dedah Pengalaman Sama

[Copy link]
Post time 31-1-2024 10:56 PM | Show all posts |Read mode







BERANG dengan sikap segelintir netizen yang memperlekeh wajah polos Liyana Jasmay, pelakon Zain Saidin menyelar tindakan sedemikian dengan menyifatkan perkara itu sebagai buli.


Katanya, dia perlu membuat teguran memandangkan kecaman dilemparkan juga menunjukkan pelaku tidak menghormati suami aktres berkenaan apabila mendakwa lelaki itu salah pilih isteri.


Saya ada terbaca satu hantaran di Facebook. Hantaran tersebut mengatakan Liyana Jasmay telah menjadi mangsa buli fizikal kerana wajahnya.


“Ada juga yang mempertikaikan bagaimana suami Liyana boleh suka dekat dia dengan keadaan mukanya yang sebegitu.


"Saya kena tegur perkara ini kerana saya rasa benda itu salah. Apa benda nak cakap perkara macam tu? Awak sendiri tak kenal dia,” katanya menerusi hantaran dalam Tik Tok.


Dalam perkongsian sama, pelakon Oh My English itu turut menyatakan pernah berdepan situasi sama ketika mahu mendirikan rumah tangga dengan aktres, Rozita Che Wan.


Menurut pemilik nama lengkap Mohamad Zain Mohd. Saidin, 40, itu, ada yang tertanya-tanya sebab dia memilih wanita lebih berusia daripadanya.


Satu ketika dahulu, saya juga sering ditanya kenapa berkahwin dengan wanita lebih tua. Tiada anak dara lagi ke? Sejujurnya, pada permulaan memang kita jatuh hati dengan rupa paras.


“Namun, rupa tak kekal selamanya. Yang buat saya jatuh cinta dengan Che Ta adalah kerana budi bahasa, cara hidup dan isi hatinya.


"Faktor itu yang buatkan kita nak keluar ‘dating’ dan memulakan perkenalan. Kita bertahan bukan kerana rupa tetapi isi hati orang tersebut yang buatkan kita selesa,” ujarnya.


Sekali gus, Zain yang juga bapa kepada seorang anak perempuan percaya Liyana memiliki kecantikan dan kelebihan tersendiri yang membuatkan suaminya jatuh hati.


Aktor terbabit turut mengingatkan kaki kecam bahawa masa tua mereka pasti hadir suatu hari nanti seiring peningkatan usia.





Awak kutuk muka dia tapi tunggulah ketika anda tua sikit nanti. Baru anda tahu macam mana perasaannya.


“Saya pasti Liyana memiliki sesuatu yang membuatkan suaminya jatuh cinta. Dia jatuh cinta bukan kerana paras rupa tapi kerana hati Liyana.


“Kerana cinta, saya pasti dia akan pertahankan maruah isterinya. Kita tidak menilai seseorang itu kerana rupa sahaja,” ulasnya lagi.


Zain juga meminta orang ramai menjaga adab seterusnya lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan agar tidak menyakiti hati sesiapa.


Jadi, mulut tu jagalah sedikit. Kita ini orang Melayu ada budi bahasa. Tak perlu nak cakap begitu atau anda memang suka dikecam.


“Saya tak faham kenapa orang perlu cakap begitu. Saya lagi kasihan dekat orang yang menghina kerana dia akan teruk dikecam.


“Satu hari nanti, awak juga akan reput dan berkedut,” katanya.


Sebelum ini aktres berusia 36 tahun itu berkongsi video dalam platform Tik Tok yang menunjukkannya menikmati burger di sebuah hotel.


Dalam paparan tersebut, Liyana berkongsi wajah tanpa secalit solekan selain mendedahkan dia belum tidur lebih daripada 16 jam berikutan memenuhi jadual penggambaran.


Walaupun ramai memuji tindakannya berani berkongsi wajah polos, ada netizen yang meninggalkan komen negatif termasuk menggelarkan wajahnya seperti pembantu rumah atau bibik.




Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa lah mulut jahat tu.ko ingat kecantikan tu jamin kebahagiaan ke.tak cantik dimata ko dimata laki dia lain.hati budi dia kita tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tibe2 zain nak bagi komen..
tapi che ta dgn Lj ni beza bertiang-tiang che tak walaupun org kata  tua makeup berkati tapi tetap mantain lawa tak penah lagi nampk busuk tapi LJ..so jauhnya bezanya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mcm random sgt Zain bg respon ni? Pernah dpt job dgn LJ tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki yana pun x ckp pape ,dia lak over. Tah2 laki yana pun setuju komen netz tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Zain join the bandwagon?
Xde sapa Kata che ta tak Segak..tu pi baca thread che ta tak makeup 80% agree che ta kemas Segak..
betul cantik Ni bukan Segala2
Pilih la yg beragaman inshallah Aman bahagia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2024 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
jihah_kudat replied at 1-2-2024 12:10 AM
kenapa tibe2 zain nak bagi komen..
tapi che ta dgn Lj ni beza bertiang-tiang che tak walaupun org  ...

Setuju . Che ta tu xmekap mmg dah lawa. Now dah kertu , xmekap lg lawa berbanding mekap. LJ ni dari dlu mmg xlawa. Xkira la mekap ke x
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
alah...kdg hat duk kutuk rupa org ni pun muka biasa2 je..dh ada cth kn sblm ni..bila org nk saman..baru nk mtk maaf n nmpk muka pelaku biasa2 jgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 08:08 AM | Show all posts
eyes of beholder khen...
netizen yg mengata pun cer tengok muka sendiri... yakin naw naw
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Iye tahu
Muka LJ tu normal je untuk rupa paras wanita melayu

Masalahnya pernah ke dia jelita dari muda dulu
Masa dia berlakon filem jadi anak Rosyam dulu pun
Memang kelam kusam kulitnya

Bukan masalah dia mekap ke tak mekap
Masalahnya dia tak cuba upgrade
Dah macam set2 Eli Suriati tak bersiap

Takyah lah banding dengan NekTa tu
Memang all out dia jaga penampilan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 08:24 AM | Show all posts
tiberrrrrr.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape benda ni??? Tiber2 je.
Berjaya lah si LJ ni nak nama dia disebut2.
Ade orang puji, ade orang kutuk. Lps tu orang kesian dia kena kutuk ade pulak netizen bekap dan serang org2 yg kutuk tu. Ni si zain pulak bekap. Retis2 attention seeker.
Yelah dia bukak tudung, tunjuk jari tengah pun sendu je orang tak peduli sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:00 AM | Show all posts
Zainnnnn...ko dapat Che Ta tu kira pakej aset padu dan muka can go weiii..x sama liga ngan minah perasan helok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:44 AM | Show all posts
beauty is in the eye of beholder gitu....sebab cantik ni subjektif dan semua manusia akan tua
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:03 AM | Show all posts
tak cantik pada kita, cantik pada pandangan org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Zain mengesahkan kata2 acik porem sblm ni
Lelaki memilih paras rupa tapi bertahan kerana sikap.
Tapi che ta ni kira ada rupa juga cumaaa tuaaa jaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Zain in denial kaaa? Beria nak justify
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia kan semakin lama semakin tua. Mana ada yg semakin muda daaa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulo LJ pernah kutuk org lain ,"SO Kampung"
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 11:54 AM | Show all posts
Sebab cara dia makan tu, nampak macam lapaq kebuluq tak makan.. Entah malas la nak komen..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.174446 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list