CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11802|Reply: 20

Linda Onn Sanggup Belanja Lebih RM10,000 Untuk Hasilkan Konti Radio Onns FM Di Rumahnya

[Copy link]
Post time 1-2-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode




Sering dikenali sebagai penyampai radio, bekas penyampai radio Era FM dan Suria FM, Linda Onn dilaporkan sanggup berbelanja lebih RM10,000 dalam membina konti radio beliau sendiri di rumah yang dinamakan sebagai Onns FM.


Menurut Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, perbelanjaan tersebut terdiri daripada peralatan wajib untuk bersiaran di TikTok dan 100 peratus penyediaannya dilakukan sendiri.


  



“Dulu pergi (konti), semua sudah siap, cuma perlu tolak suis saja. Bila buat sendiri, terus-terang yang tak pandai bidang ini, susah. Untuk misalnya jurutera bunyi, perkara ini ‘kacang’.


“Tapi saya boleh kata saya bangga dengan pencapaian ini walaupun tak boleh ‘setup’ 100 peratus alat-alatan hebat. Daripada segi kos, kamera, pencahayaan, monitor, wifi memang sudah ada.


“Yang saya keluar duit untuk switcher sekitar RM8,000, mixer lebih RM1,000, serta kena beli kabel, wayar dan lampu,” katanya.




Menurut Linda, idea itu tercetus kerana perasaannya membuak-buak mahu kembali berinteraksi bersama pendengar secara ‘live’.


“Terlalu banyak platform yang boleh hubungkan penyampai kepada pendengar atau penonton. Media sosial pula keluar macam-macam contoh podcast. Saya pun nak jadikan Onns FM sebagai radio putar lagu, podcast dan jual barang.


“Saya juga akan jemput rakan-rakan lain seperti Kudsia Kahar, Halim Othman, Tyzo, sekiranya ada topik yang menarik untuk dikupas,” katanya.


Linda juga ada hasrat untuk memperluas capaian Onns FM ke platform selain TikTok. Setakat ini, para pendengar berpeluang mendengar Onns FM menerusi TikTok pada setiap jam 5 petang dan ke atas.


  



“Ikutkan peralatan saya ada sekarang, boleh ‘live’ terus kepada dua atau tiga platform serentak. Tapi sebabkan buat sendiri, sayalah penerbit, jurukamera, teknikal, muzik eksekutif, pengarah, penyampai, buat masa ini siar di TikTok dululah,” katanya.


Mengulas mengenai peluang untuk menjadi penyampai radio semula, beliau akui sememangnya sukar untuk ditolak. Malah, beliau dimaklumkan segmen Petang Di Era bersama Halim, Hanif dan Ray baru-baru ini berjaya menjadi nombor satu.


Hal ini membuatkan beliau semangat untuk kembali untuk berinteraksi bersama para pendengar. Walau bagaimanapun, beliau redha mengenai rezeki beliau mengenai tawaran untuk menjadi penyampai radio.


Sumber : TheVocket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 02:04 PM | Show all posts
dulu AC bingit tu ada buat streaming radio sendiri jugak kan... tapi tak kemana...
kalau podcast maybe laku la setahun dua ni memang trend podcast dekat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 02:19 PM | Show all posts
alaaa...rm10k tu tak byk pun.....mic rm3k, speaker rm3k, headphones rm2kk, sound proof room so on and so forth.....idak le mahal pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 03:02 PM | Show all posts
aku xsuka dgr sore dia nih...tah nape tah
lg sorg halim othman
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
minat & duit ada semua boleh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 03:57 PM | Show all posts
ada tertengok kat tt haritu, kamera she mcm kelam sikit idk why.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah belas tahun kot bisnes nasi ayam dia kan
i baru terbuka jihab nak p mkn
Ok la not bad juga boleh lah telan
Patut rajin mek iti order
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh...terbaik...aku xtau knp bila dgr suara dia dlm konti..aku terasa mcm kembali ke zaman aku form 2 dulu...hahahaha ... walaupun ramai yg x suka dia tapi aku suka...suara dia lah permulaan utk aku dgr radio dulu ...dgr suara Linda.. teringat zaman muda..gitu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tiktok ramai je dj yg buat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 1-2-2024 07:53 PM
Wahhh...terbaik...aku xtau knp bila dgr suara dia dlm konti..aku terasa mcm kembali ke zaman aku for ...

Zaman era rentak muzik terkini EK?
Hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 1-2-2024 06:26 PM
Dah belas tahun kot bisnes nasi ayam dia kan
i baru terbuka jihab nak p mkn
Ok la not bad juga boleh ...

ada lagi ke kedai nasi ayam dia?
ingatkan dah berkubur lama...yg kat ampang mcm dah takde ke iols yg x perasan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 1-2-2024 09:22 PM
ada lagi ke kedai nasi ayam dia?
ingatkan dah berkubur lama...yg kat ampang mcm dah takde ke iols  ...

Dia baru buka cawangan dkt tmpt i ni
Dekat ampang tu bukan mek iti selalu order ke
Berpuluh2 bungkus sekali dia order
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 1-2-2024 10:37 PM
zuriey replied at 1-2-2024 06:26 PM
Dah belas tahun kot bisnes nasi ayam dia kan
i baru terbuka jihab nak p mkn
Ok la not bad juga boleh ...


I pernah try yang dekat Ampang sekali tu je dulu, tak ingat tahun bila. Tak tau la rasa sama ke, makin sedap ke makin kurang. Sebab nasi ayam je, senang nak dapat yang lagi sedap dan murah.

Nampak kat IG dia, branch dekat MyTown tu lawa jugak kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:46 PM | Show all posts
"Tapi sebabkan buat sendiri, sayalah penerbit, jurukamera, teknikal, muzik eksekutif, pengarah, penyampai, buat masa ini siar di TikTok dululah,” katanya.

suami die xleh tolong wat sumer benda2 tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena bagitau lah benda ni bukan free....berbayorr kawan-kawan. Nak guna nak join ada charge nye baru pulang modal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 1-2-2024 09:20 PM
Zaman era rentak muzik terkini EK?
Hahaha...

Hahaha btoi tu ..rasa mcm kembali ke zaman sekolah ..zaman duduk rumah mak masak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda cmni x perlu license ke ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasik ayam si Lin Dan ni kedekut. Portion punya la haluih. Sup dia sekali makan blh pening seminggu wooo. Berkilo Pak Aji depa tuang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 01:54 PM | Show all posts
zuriey replied at 1-2-2024 09:28 PM
Dia baru buka cawangan dkt tmpt i ni
Dekat ampang tu bukan mek iti selalu order ke
Berpuluh2 bungk ...

sekarang ni trend, bukak kedai makan or gerai, lepas contact kenkawan suruh buat infaq kat mana2 tempat.  contoh rumah anak2 yatim, rumah org2 tua, kenduri kendara, jamu2 pejabat di hari jemaat.....nak harap walk in customer mmg kurang lah...(but may be kedai linda ni ramai yang walk in, i'm not sure).  dah ramai kenkawan aku buat mcm ni, bukak gerai lepas tu dok harap kenkawan tempat byk2 utk infaq....so tukang kedai tak perlu nak buat promotion or improve masakan or service..........koserrrrr....

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 2-2-2024 01:54 PM
sekarang ni trend, bukak kedai makan or gerai, lepas contact kenkawan suruh buat infaq kat mana2 t ...

Haaa betul you..Kawan2 aku yang meniaga pun buat cara mcm ni.
Dari mana lah datang trend ni..bulan puasa lagi membiak trend ni .
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075798 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list