CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12073|Reply: 0

Hakim Danish sudah bersedia beri tentangan di JuniorGP

[Copy link]
Post time 13-2-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode

HAKIM Danish (kanan) bersama Pengurus ZK Racing, Muhammad Zulfahmi Khairuddin pada majlis pelancaran pasukan SIC Racing-MSi. -FOTO SIC

Kuala Lumpur: Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli akan menggunakan pengalaman selama dua tahun beraksi pada saingan European Talent Cup (ETC) untuk beraksi cemerlang menjelang penampilan sulung dalam JuniorGP.

Menurut Hakim Danish, dia berasa gembira kerana dapat merealisasikan hasratnya beraksi dalam JuniorGP yang dianggap sebagai tapak untuk mana-mana pelumba memburu impian ke Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

"Membuat penampilan pertama saya dalam kategori JuniorGP musim ini adalah impian yang menjadi kenyataan. Saya sangat berterima kasih kepada MTHelmets-MSi dan ZK Racing kerana memberi saya peluang ini," katanya.

Pelumba berusia 17 tahun itu menjadi wakil tunggal pasukan SIC Racing-MSi dalam saingan JuniorGP bakal memulakan cabaran musim baharu pada perlumbaan pembuka tirai di Emilia-Romagna, Itali 21 April depan.



"Sepanjang musim cuti saya banyak membuat latihan untuk membina asas yang baik sebagai persediaan sebelum musim bermula. Saya mahu melakukan yang terbaik untuk diri dan pasukan saya.

"Saya akan belajar sebanyak mungkin untuk pamer aksi cemerlang walaupun dalam tahun rookie. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana terus mempercayai serta menyokong saya," ujarnya.

Tambahnya, walaupun hadir dengan status sebagai pelumba baharu dalam perlumbaan itu, namun dia sedia untuk menampilkan aksi cemerlang selain memberikan saingan kepada pelumba-pelumba sedia ada.

Sementara itu, pengurus ZK Racing, Muhammad Zulfahmi Khairuddin percaya ini adalah masa paling sesuai untuk Danish 'naik pangkat' ke saingan JuniorGP selepas mengutip pengalaman dalam perlumbaan sebelum ini.

"Saya yakin dengan pengalaman Hakim Danish berlumba di Eropah, ini adalah tahun yang sesuai untuk dia naik ke peringkat JuniorGP. Terima kasih kepada pengurus pasukan MT Helmets, Jordi Gatell kerana mempercayai projek ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntangan-di-juniorgp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.475002 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list