View: 10880|Reply: 5
|
Azira Shafinaz Mengalami Keretakan Pergelangan Tangan
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon jelita, Azira Shafinaz mengalami keretakan pada bahagian pergelangan tangannya dipercayai selepas terjatuh sewaktu menjalani sesi penggambaran drama yang bertajuk ‘Nafsu’ pada malam Khamis.
Menerusi Instagram (IG), Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan memuat naik gambar tangannya dalam keadaan berbalut selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
Azira yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam bagaimanapun meluahkan rasa syukur selepas tidak mengalami kecederaan yang serius meskipun kejadian tersebut menakutkan dirinya.
"Saya terjatuh secara tidak sengaja sewaktu menjalani sesi penggambaran drama".
Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan serius cuma saya mengalami keretakkan kecil (hairline fracture) pada bahagian tulang pergelangan tangan.
Menerusi hantaran yang sama, pelakon berusia 33 tahun itu turut berkongsi gambar paparan sinar x-ray yang menunjukkan keadaan terkini pergelangan tangannya.
Di akhir hantarannya itu, Azira meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhannya agar dapat bekerja semula seperti biasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa kesian terhadap Azira dan menitipkan doa agar pelakon drama ‘Pia’ itu cepat sembuh.
Sumber: Instagram Azira Shafinaz/OhBulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap cepatlah sembuh tangan tu, dah nak kawin pun. Muka dia pun manis. |
|
|
|
|
|
|
|
si azira ni ek, first aku tgk dia, time deme buat bidio takde hal bro tu, lawa nya time tu kata aku, rupanya tak lama pastu mmg jd retis |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 24-2-2024 11:20 AM
Harap cepatlah sembuh tangan tu, dah nak kawin pun. Muka dia pun manis.
Anak ai dlm 2minggu lebih baru elok tpi doktor tak kasi angkat berat/aktviti berat sebulan
Bersimen la jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk ke jatuh sampai retak gitu. Uishh terasa2 sakitnya. Gws azira. |
|
|
|
|
|
|
| |
|