JERANTUT - Seorang nelayan sungai terkejut apabila melihat objek pelik seakan keris tersangkut pada jaringnya bersama beberapa ekor ikan ketika menjaring di Sungai Pahang, Jerantut awal Januari lalu.
Setelah diambil dan diteliti, objek itu benar sebilah keris sepanjang 48.26 sentimeter (cm) tanpa lok dan sudah berkarat.
Nelayan terbabit, Hamidi Yaakob, 43 dari Kampung Kelola, Pulau Tawar, Jerantut berkata, penemuan keris itu dianggap luar biasa dan mengambil keputusan untuk menyimpannya.
Hamidi mengukur keris panjang yang dijumpai tersangkut pada jaring ketika menjaring ikan di Sungai Pahang Kampung Kelola Pulau Tawar, Jerantut awal Januari lalu.
Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pandangan orang tua-tua, keris yang ditemui itu berkemungkinan milik pembesar yang mempunyai pengaruh dan berkarisma serta berkemungkinan ada kaitan dengan sejarah Pahang.
"Keris itu kini disimpan di rumah untuk dipulih dan dibuat sarung serta ulu selari dengan martabat keris itu," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Hamidi yang juga Pengerusi Pertubuhan Seni Gendang Pahang dan Pengerusi Seni Budaya Pahang menganggap penemuan keris itu sebagai rezekinya untuk memiliki senjata utama orang Melayu zaman dahulu.
"Keris itu sudah berkarat kerana berendam dalam air berabad-abad lamany
"Saya mempelawa pihak berminat untuk membuat kajian berkaitan keris ini serta melakukan ujian karbon bagi menentukan umur senjata itu," katanya.
Menceritakan kembali detik penemuan keris itu, Hamidi berkata, sebagai nelayan sungai, rutin hariannya ialah menangkap ikan dengan menghanyut jaring menghilir Sungai Pahang dari Kampung Gintong ke Kampung Kelola, Pulau Tawar.
"Entah bagaimana suatu hari itu, keris panjang tanpa hulu mirip sundang itu tersangkut di jaring bersama rezeki ikan sungai bernilai tinggi seperti tenggalan, kenerak, patin dan kerai.
Ini bukan kali pertama saya menemui barang lama ketika menjaring di sungai itu.