CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3887|Reply: 17

[Tempatan] KKM akan tambah baik proses discaj IJN ke hospital awam

  [Copy link]
Post time 5-3-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
KKM akan tambah baik proses discaj IJN ke hospital awam
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan:  Mar 5, 2024 9:54 AM



Kementerian Kesihatan sedang berusaha menambah baik proses discaj pesara dan penjawat awam yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) ke penjagaan hospital dan fasiliti kementerian itu.

Pada masa ini, pesara dan penjawat awam yang discaj dari IJN diberi surat rujukan untuk mereka mendapatkan janji temu sendiri di hospital awam.

“Bagaimanapun, penambahbaikan kepada sistem semasa akan dilakukan.

“Satu mekanisme di mana janji temu dibuat dari IJN ke fasiliti Kementerian Kesihatan yang dipilih akan dikaji dan dilaksanakan. Ini akan meningkatkan keselesaan kepada pesakit,” kata kementerian itu dalam menjawab pertanyaan daripada Malaysiakini.

Malaysiakini bertanya tentang proses discaj pesakit yang dalam keadaan kompleks dari IJN ke fasiliti kerajaan.

IJN adalah milik kerajaan tetapi ia beroperasi sebagai pusat perubatan swasta.

Kerajaan pada 2002 telah mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan penjawat awam dan pesara yang dirawat di IJN supaya dibenarkan discaj ke hospital awam rujukan selepas 12 bulan rawatan sebagai langkah penjimatan kos.

Minggu lalu, portal berita kesihatan CodeBlue menerbitkan surat di mana seorang pesara mengeluh kerana dilepaskan daripada jagaan IJN walaupun masalahnya yang sangat rumit.

Lebih memburukkan keadaan, pusat jantung Kementerian Kesihatan berhampiran rumahnya tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan kesnya dan mereka juga tidak mempunyai ubat yang dia perlukan.

Pesara itu berkata dia mempunyai alahan ubat dan IJN telah mencuba beberapa ubat sebelum mendapati ubat yang berkesan dan selamat untuknya.

Pesara itu akhirnya dirujuk semula ke IJN tetapi mengeluh bahawa ini bermakna beberapa bulan lagi menunggu janji temu.

Dalam responsnya kepada Malaysiakini, Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa pesara dan penjawat awam yang dilepaskan dari IJN ke kemudahan kerajaan adalah mereka yang stabil dan tidak dirancang untuk pemeriksaan lanjut atau prosedur jantung.

“Malah, terdapat pesakit yang sesuai untuk disusuli di hospital Kementerian Kesihatan tanpa pakar atau klinik kesihatan kementerian.

“Sebaliknya, apabila timbul keperluan, sama ada pesakit baru atau pesakit yang pernah diperiksa di IJN sebelum ini, rujukan semula ke IJN boleh dilakukan.

“Kami perlu menekankan bahawa banyak prosedur kompleks kini boleh didapati di pusat jantung Kementerian Kesihatan. Oleh itu, pesakit boleh membincangkan keutamaan mereka mengenai pusat jantung dengan doktor,” katanya.

Ia menambah bahawa bagi kes yang berada di bawah jagaan IJN, tempoh penjagaan bergantung kepada kerumitan setiap kes dan boleh lebih lama jika disahkan secara klinikal.

Ia berkata bahawa dalam kes kanak-kanak, sebagai contoh, ini boleh sehingga dua tahun dan tiga tahun untuk kes yang lebih kompleks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd ijn ni da jd mcm hospital swasta ke mcm mn? Nak masuk kena byr harga swasta?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
So tak selari la dgn penubuhan awal ijn nak tolong rakyat especially utk acik2 gomen/pesara...dorg bukannya masuk pree still berbayar gak tp kena sepak kuar dari ijn plak...lahanat betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:57 PM | Show all posts
yg aku perati ummah gomen ni mostly makan main bedal, kesihatan tak berapa nak jaga sbb dah sakit esok boleh masuk free spital gomen dgn harapan kjaan boleh tanggung serba serbi..


iol sbg ummah gomen sendiri pun tak setuju dgn konsep entitled gini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:02 PM | Show all posts
tripleid replied at 5-3-2024 12:57 PM
yg aku perati ummah gomen ni mostly makan main bedal, kesihatan tak berapa nak jaga sbb dah sakit es ...

kenapa perlu risau kan subsidi kesihatan ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubat jantung mahal ya.. sebulan dekat RM 400.. sejak madani ni banyak kali naik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 01:07 PM | Show all posts
shamsadis replied at 5-3-2024 01:02 PM
kenapa perlu risau kan subsidi kesihatan ada

ni pun salah satu sbb ummah tanah air ni buat smbil lewa je psl  kesihatan sbb caj spital gomen murah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:11 PM | Show all posts
VespaSilbe replied at 5-3-2024 01:04 PM
Ubat jantung mahal ya.. sebulan dekat RM 400.. sejak madani ni banyak kali naik

sejak madani ke sejak hero covid tokoh maal hijrah jadi pengerusi ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 5-3-2024 12:24 PM
Jd ijn ni da jd mcm hospital swasta ke mcm mn? Nak masuk kena byr harga swasta?

Mmg ijn hospital swasta pon
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 5-3-2024 01:04 PM
Ubat jantung mahal ya.. sebulan dekat RM 400.. sejak madani ni banyak kali naik

Bila ko nk buat ubat?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 5-3-2024 01:02 PM
kenapa perlu risau kan subsidi kesihatan ada

Kalau kita ckp makan mcm coklat kek tu mahal nti netz ckp premium mmg la mahal skrg sakit pon premium. Adan uke. Mmmg aku kesihatan diswastakan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 5-3-2024 12:37 PM
So tak selari la dgn penubuhan awal ijn nak tolong rakyat especially utk acik2 gomen/pesara...dorg b ...

Rkyat malaysia yy kerja swasta knp kena byar dkt ijn? Acik gomen kepam je dpt
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 5-3-2024 03:11 PM
sejak madani ke sejak hero covid tokoh maal hijrah jadi pengerusi ?

Lepas covid naik sikit.. time madani naik berapa kali dah.. bukan gomen kan kena beli sendiri .. tapi heran duh kawan kerja gomen sakit jantung dah lama kena transfer dari ijn ke serdang
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 5-3-2024 03:16 PM
Bila ko nk buat ubat?

Kalau boleh buat ubat sendiri tak de la laki aku beli kat pharmacy dok.. gigih naw nak perli org
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 5-3-2024 03:15 PM
Mmg ijn hospital swasta pon

Ada 2 kan.. blok A dengan Blok B
Satu swasta satu gomen
Ko kat sana ke caprut.. yg swasta pun dah penuh kan sekarang.. aku dgr staff bank pun semua rujuk sana kalau cardiac arrest
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 5-3-2024 03:22 PM
Kalau boleh buat ubat sendiri tak de la laki aku beli kat pharmacy dok.. gigih naw nak perli org

Bila aku perli ko?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 5-3-2024 03:27 PM
Ada 2 kan.. blok A dengan Blok B
Satu swasta satu gomen
Ko kat sana ke caprut.. yg swasta pun dah ...

Tk prnh dptkan rawatan dkt sana. Konsep dia mcm private wing hospital putrajaya kr hospital uni mcm ummc tu. Stil guna alatan yg sama, kepakaran yg sama , staff yg sama. Tp doktor pakar je dpt claim
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:57 PM | Show all posts
negara kita kan nak menuju negara menua...
mana boleh sustain kos surgery jantung + ubat2 tu semua....
haramkan generasi merokok katanya langgar perlembagaan...
rakyat makin ramai... hutang negara makin tambah...
akan datang besok sampai satu tahap mesti diwajibkan setiap org ambik health insurance... negara2 maju mcm japan, ostolia semua dah wajibkan...
untung malaysia ni bersalin pun bayar puluh2 ringgit je... sekolah free...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.082806 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list