CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4046|Reply: 8

[Tempatan] 'Penetapan elaun pelajar pelatih perlu ambil kira kemampuan syarikat'

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:15 AM | Show all posts |Read mode
'Penetapan elaun pelajar pelatih perlu ambil kira kemampuan syarikat'
Adib Faris
Diterbitkan:  Mar 5, 2024 9:28 AM



Gerakan mahasiswa berkaitan parti politik berpandangan bahawa penetapan elaun yang perlu diberikan kepada pelajar yang menjalani latihan industri perlu mengambil kira kemampuan syarikat tempat mereka menjalani latihan.

Timbalan Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Yuveraaj Pillai, pula menyatakan pelajar yang menjalani latihan industri tidak dikira sebagai pekerja mahupun sepenuh masa atau kontrak.

Justeru, katanya, penetapan bayaran elaun kepada pelajar pelatih harus dipertimbangkan berdasarkan keadaan ekonomi sesebuah syarikat.

“Bayaran pada intern tidak boleh ditetapkan pukul rata di semua syarikat. Ia perlu diteliti dan dibayar mengikut kemampuan syarikat itu sendiri serta kos yang perlu ditanggung oleh intern itu sepanjang internship,” katanya kepada Malaysiakini.

Perlu ada kerjasama

Presiden Mahasiswa Umno Wan Muhammad Zuhir Ghazali pula berkata perlu ada kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), mahasiswa dan pemain-pemain industri.



Katanya, kerjasama itu perlu bagi menjaga kebajikan pelajar dan pada masa sama tidak membebankan syarikat yang menyediakan program latihan.

Wan Zuhir menyatakan terdapat dua pandangan berbeza yang perlu diteliti dengan lebih baik dalam usaha menangani isu itu.


“Mereka (pelajar) memerlukan ganjaran kewangan supaya mendapat pengiktirafan terhadap sumbangan terbaik dan komitmen yang besar.

“Syarikat pula berpandangan mengapa perlu bayar pelajar yang tiada pengalaman dan kepakaran dengan kos yang begitu besar jika (boleh) mengupah pekerja yang lebih baik daripada itu,” tambahnya.



Pada 2 Feb, aktivis yang memperjuangkan hak pelajar pelatih, Rashifa Aljunied menyerahkan memorandum menuntut hak para pelajar yang menjalani latihan industri kepada Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Memorandum tersebut diserahkan melalui pegawai tugas-tugas khas Sim, Chee Yeeh Ceeu sebagai mewakili 15 wakil penuntut universiti tempatan.

Ia terdiri daripada tiga tuntutan iaitu gaji bermaruah dan adil, dasar perlindungan pelajar latihan industri dan juga pemansuhan yuran tidak relevan.

Tuntutan tidak jelas

Sementara itu, Mohamed Yusuf Hassan Roslan, selaku Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pula menyifatkan tuntutan Rashifa seharusnya diketengahkan kepada KPT terlebih dahulu.



“Tuntutan yang dibawa ke Kementerian Sumber Manusia adalah melalui saluran yang tidak begitu tepat.

“Seharusnya sebagai seorang mahasiswa, isu ini perlu diketengahkan kepada pihak KPT terlebih dahulu untuk memudahkan proses,” ujarnya.

Yusuf berpendapat pertikaian mengenai elaun pelajar pelatih timbul apabila mereka tidak dibayar mengikut jumlah yang setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan.

Namun, katanya, pelajar yang dibayar dengan jumlah tinggi pula harus memberikan komitmen yang setaraf dengan elaun yang diberikan.

Pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pelatih yang menjalankan latihan industri di kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan minimum sekurang-kurangnya RM800 sebulan.

Bagaimanapun, Anwar tidak mengumumkan tarikh permulaan pelaksanaannya.

Anwar berkata, meskipun secara tradisi pelatih industri tidak menerima sebarang bayaran, namun elaun adalah penting terutama bagi mereka yang idak berkemampuan dan miskin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 12:42 PM | Show all posts
takyahla buat praktikal ni. intern terus lepas grad je.  kekdg aku tak paham BBNU ni, takde ke terfikir nak save duit utk belanja jadi intern nnt ke?  bukan nak ckp apela, hari tu aku gi Sri Iskandar, terkejut gak aku sebab banyak kafe BBNU kt situ, mcm Bask Bear, ZUS Coffee. situ koman2 pun rm20 gak habehnye. mcm tu ade plak duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:50 PM | Show all posts
korang banyak sgt cekadak.  nak balajar ke nak duit?  orang dah bayar 500 sebulan pun kau nak bising.  mcm tu aku tak payah nak terima terus.  suruh kolej korang nyatakan wajib bayar atau tidak.  mana yang banyak cakap, letak tepi terus. biar padan muka tak grad
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:05 PM | Show all posts
byk songeh dak2 skrg...dulu kte praktikal xdpt pape pun...nasib acik2 gomen baik ati slalu blanje mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:37 PM | Show all posts
my doter 1st tu intern takde gaji kt gomen tapi hbis tu keje terus then dia resign skrg keje swasta.
2nd doter now intern gaji 900 keje 2 hari saja 3 hri work from home tu pon dh dpt offer keje kt sykt tu jga tk tau dia nk ke..harusla demand kalau org offer kan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:35 PM | Show all posts
Apa susuh bagiPTPTN masukkan belanja latihan sekali. 6 bulan 800 sebulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ini intern di bayar with min wage.... Tidak bagi gaji budak intern seperti modern day slavery...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebdk dulu relax je intern x meminta2....ada tu ada la...kalau nak sgt, cari yg ada bg elaun....yuran satu sem korg pun dah blh cover duit pegi balik intern....toksah la nak uptodate dgn iphone/motor latest je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 04:21 PM | Show all posts
Edited by _blackbird at 7-3-2024 04:22 PM

dah lama malaya amalkan budaya kerja mcm lembu. aku sokong student perjuangkan hak internship utk elaun setimpal dengan masa dan tenaga yg dikorban. hapuskan budaya kerja mcm lembu. tak dinafikan ada company bg bagi elaun gaji buta kat intern tanpa buat apa2, tapi lebih byk company ambil kesempatan kat budak intern utk dptkan free labor.


company offer internship, company mesti sanggup bayar pada rate yg munasabah. kalau taknak bayar rate munasabah, jgn bukan internship. setiap company mesti ada agenda tersendiri kenapa buka internship. aku pon offer budak intern kat company aku, kenapa aku buat, ofkos aku ada motif yg fit company goal. sebelum pmx buka harga 800, lamberrttttttt..... company aku mmg dah bg 800 elaun kat budak intern, suka lecturer laju je promote company aku ke student. wakakakakakaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.305062 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list