View: 7075|Reply: 0
|
Kemenangan satu dua buat Red Bull di GP Saudi
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN ungguli perlumbaan kedua musim ini di GP Saudi. -FOTO AFP
Jeddah: Max Verstappen yang bermula daripada petak pertama muncul juara Grand Prix Arab Saudi ketika Red Bull meneruskan permulaan dominan dalam saingan Formula Satu (F1) musim ini dengan penamat satu dua.
Sergio Perez 13.643 saat di belakang rakan sepasukan yang juga dunia tiga kali yang kini mendahului 15 mata dalam senarai kedudukan pelumba.
Charles Leclerc dari Ferrari menduduki tempat ketiga turut mencatatkan catatan masa sepusingan terpantas untuk berada di podium pertamanya musim ini,
Namun rakan sepasukan yang juga pendatang baru dalam F1, Oliver Bearman mencuri perhatian apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
Ia adalah kali pertama Verstappen, pemenang rekod kemenangan 19 daripada 22 perlumbaan tahun lalu, memenangi dua perlumbaan pertama musim. Dia juga memenangi 19 daripada 20 perlumbaan terakhir.
"Secara keseluruhan, hujung minggu menakjubkan untuk pasukan dan diri saya. Saya rasa selesa dengan kereta dan ketika perlumbaan," kata Verstappen.
Ia adalah kemenangan kesembilan berturut-turut buat Verstappen, bermula dari perlumbaan di Jepun pada September, dan yang ke-56 dalam karier pemandu 26 tahun Belanda itu.
Kemenangan itu juga adalah podium ke-100 buat Verstappen manakala kemenangan ke-115 Red Bull melonjak mereka di depan Williams untuk tangga keempat dalam senarai sepanjang zaman.
Pemandu Britain, Bearman yang membuat penampilan sulungnya dalam perlumbaan F1 pada usia 18 tahun 305 hari, bermula di petak ke-11 dan pemandu rookie termuda Ferrari itu mencuri tumpuan dengan pemanduan cemerlang ketika menggantikan Carlos Sainz yang menjalani pembedahan apendiks.
Pemandu F1 termuda British itu juga adalah pemandu ke-66 sejak permulaan kejuaraan pada tahun 1950, mengutip mata pada penampilan sulung.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ed-bull-di-gp-saudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|