View: 4114|Reply: 0
|
MotoGP: Bagnaia resah kemampuan jentera
[Copy link]
|
|
BAGNAIA berharap dapat memperbaiki segera segala kelemahan dalam misinya menaiki podium pada saingan GP Qatar awal pagi esok. – AFP
DOHA – Juara dunia, Francesco Bagnaia yang mewakili pasukan Ducati mengakui agak risau dengan prestasi pasukan menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Lusail awal pagi esok.
Bagnaia gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan pada sesi ujian bebas kelmarin apabila ketinggalan jauh berbanding seteru tradisi daripada pasukan Pramac, Jorge Martin dan pelumba Gresini, Marc Marquez.
Bagnaia menjelaskan, masih terlalu awal untuk menilai keupayaan jentera kerana mempunyai banyak masa lagi untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada ketika ini.
“Ini bukanlah prestasi yang saya mahukan pada hari pertama bermulanya saingan kompetitif kerana keupayaan jentera masih belum berada pada tahap optimum.
“Saya percaya pasukan mampu mempamerkan prestasi yang lebih baik dalam usaha mencabar kedudukan podium dan harap segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki pada hari perlumbaan nanti,” katanya.
Pelumba yang mesra dengan gelaran Pecco itu percaya Marquez kekal menjadi pencabar utama dirinya dalam usaha mempertahankan gelaran dunia hatrik pada kempen MotoGP musim ini.
“Saya lihat Marquez memiliki peluang cerah kerana bukan sahaja dia memiliki jentera bagus ketika ini, tetapi dia adalah pelumba yang memiliki pengalaman luas selaku bekas juara dunia enam kali,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -kemampuan-jentera/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|