View: 16261|Reply: 7
|
Oppenheimer menang filem terbaik di Oscar 2024
[Copy link]
|
|
Oppenheimer’ memenangi Filem Terbaik, dengan pengarahnya, Christopher Nolan, turut dinobatkan Pengarah Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-96 di Los Angeles pada lewat Ahad.
Menurut Agensi Anadolu (AA), ‘Oppenheimer’ meraih tujuh anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik disandang Cillian Murphy, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi Robert Downey Jr dan Sinematografi Terbaik.
Filem biografi dramatik ‘Oppenheimer’ ditayangkan pada 2023, berkisar mengenai kehidupan J Robert Oppenheimer, ahli fizik Amerika Syarikat (AS) yang memainkan peranan penting dalam penciptaan bom atom.
Filem itu juga mendapat kejayaan komersial, meraih lebih US$900 juga dalam resit pecah panggung bagi tempoh empat bulan pertama selepas tayangan perdananya. -BERNAMA-ANADOLU
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku cuba tengok cite ni tapi takleh nak abis |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh jangka filem ni mng banyak...lagi2 producer filem ni mmg pro-zionist
Tahniah la ya...CM 1st time tercalon & menang....amik award pun jabat tangan dgn semua pemenang....nampak beradab dan xsyok sendiri....bagi ucapan pun secara general & sampai mesej tu....dan CN jugak yg dh prnh tercalon sebelum ni baru menang. |
|
|
|
|
|
|
|
best filem ni, walaupun otak kena bekerja keras berfikir....Christopher Nolan punya movie mmg best belaka dan perlu guna otak nak memahamkan,kalau terlepas satu scene blh jadi tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
iols tengok kat wayang pastu blur2 tak faham gitu yach teringat filem Inception & Interstellar |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu lg movie dia yg best tajuk TENET... I tgk 2 kali baru paham... huhuhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 16-3-2024 12:12 PM
Interstellar tak tengok tapi ada tengok Inception dan TENET penat rasa banyak berfikir, nasib baik tengok kat rumah. TENET tu ingat lagi tengok sekerat² sebab rasa macam boring sangat awal² tu. Oppenheimer ni 3 jam, rasa lama sangat untuk filem berat. |
|
|
|
|
|
|
|
Jam pertama aje menarik, sebab masa tu dia saintis. Jam kedua dah cerita politik pulak dah. Tapi tak nampak cemana RDJ jadi best supporting actor. Cillian ni pun tak nampak mana best dapat best actor. Tapi jauh lagi better la dari Barbie |
|
|
|
|
|
|
| |
|