CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4322|Reply: 0

MotoGP: Bezzecchi cari punca kegagalan

[Copy link]
Post time 21-3-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode

BEZZECCHI gagal memberikan aksi terbaik pada perlumbaan pembukaan biarpun diletakkan harapan untuk mencabar kejuaraan musim ini. - AFP

LONDON – Pelumba VR46, Marco Bezzecchi dilihat tidak gembira dengan keputusan pada perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Qatar selepas bergelut ketika mengendalikan jentera Ducati.

Bezzecchi dianggap sebagai calon utama untuk merebut gelaran pada tahun 2024 sejurus berjaya menamatkan musim lalu di tempat ketiga dengan tiga kemenangan menggunakan jentera Ducati tahun lalu.

Bagaimanapun, musim ini menyaksikan Bezzecchi dibekalkan dengan jentera Ducati spesifikasi 2023, namun dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri apabila hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 di Qatar.

“Kami telah mengambil langkah ke hadapan dalam sesi latihan pramusim dan saya gembira kerana akhirnya saya cukup selesa di atas jentera 2023 ini.

“Bagaimanapun, pada perlumbaan sebenar saya hilang keyakinan pada jentera apabila berdepan masalah ketika ingin mengambil selekoh dan juga masalah ketika cuba mendapatka kelajuan,” katanya.

Bagaimanapun, pelumba pasukan lain yang menggunakan jentera Ducati 2023 menampilkan aksi yang memukau antaranya Marc Marquez (Gresini Racing) yang menamatkan perlumbaan tempat ketiga dan Alex Marquez tempat keenam, manakala rakan sepasukan Bezzecchi, Fabio Di Giannantonio tempat ketujuh.

“Marquez dan rakan sepasukan saya mempunyai motosikal yang sama dengan saya dan mereka lebih pantas dan konsisten memberi tentangan,

“Saya ingin memberi tumpuan kepada mereka dan mengkaji data untuk memahami mengapa saya tidak boleh melakukan apa yang mereka lakukan pada masa ini,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ri-punca-kegagalan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064447 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list