CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42886|Reply: 476

Merong Mahawangsa kutip RM500k/Epik Melayu Wajah Inggeris_post 138_ms6

  [Copy link]
Post time 12-3-2011 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 13-3-2011 08:32

Filem kutip    RM500,000


2011/03/12
KUALA LUMPUR: Filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terbitan KRU Studios muncul filem epik tempatan pertama berjaya memperoleh kutipan kasar hampir RM500,000 pada hari pertama tayangan.

   Sambutan hangat penonton terhadap HMM yang menelan belanja kira-kira  RM8 juta itu dilihat petanda baik bagi pembikinan filem bergenre epik di Malaysia.


   Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, percubaan pertama pihaknya menerbitkan filem epik berlatarbelakangkan sejarah kerajaan Kedah Tua dilihat menepati kehendak penonton.

“Kami  tidak menjangka filem epik mendapat tempat di hati penonton. Namun, sokongan peminat kepada filem ini menjadi petanda baik bahawa filem epik kini sudah mampu bersaing dengan filem genre lain seperti seram dan komedi,” katanya ketika dihubungi semalam.

   “Sebelum ini, pencapaian tertinggi filem epik masih dipegang Puteri Gunung Ledang yang berjaya memungut sebanyak RM4 juta sepanjang tempoh  tayangan pada 2004,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

   HMM yang dibarisi pelakon tempatan dan antarabangsa seperti Stephen Rahman-Hughes sebagai Merong, Ummi Nazeera, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali, Jing Liu dan Gavin Stenhouse mula ditayang di seluruh negara, kelmarin.

   Bagaimanapun, Norman tidak berani meletakkan sasaran tinggi untuk filem epik sulung terbitan syarikatnya.
   Namun, secara kasar beliau berharap filem arahan adiknya, Yusry, berjaya memperoleh kutipan hingga RM7 juta selepas tamat tayangan.

   “Memandangkan sebuah filem tempatan akan menemui penonton pada setiap minggu, saya tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi.

   “Bagi saya, jika filem ini berjaya mencecah pungutan RM5 juta hingga RM6 juta dalam tempoh wajib tayang sehingga 24 Mac ini, ia sudah cukup memadai," katanya.   
   


p/s Teknik CGI berjaya memikat penonton.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2011 08:08 AM | Show all posts
Cuti sekolah ni bolehlah bawa anak2 masuk panggung menonton. Filem2 melayu yg mcm ni memang support la.. kalau cerita2 hantu.. cinta meleret2... sorryla..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 08:15 AM | Show all posts
aku rase ticket sale akn drop sbb org takkn tgk 2 kali kot...
rmi letak 2/3 bintang out of 5 berdasarkn pengamatan diorg sblm ni....

pepun KRU buat terbaik tuk filem akn dtg...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 08:27 AM | Show all posts
Reply 3# dauswq

kelemahan kru neh bab skrip n storyline...rsnyer la..pepun sbb cgi and cinematography yg cantik aku tingin nak ngk gaks..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 09:17 AM | Show all posts
Adakah filem ini akan memenangi FFM nanti? Filem Magika yg cikai tu pun boleh menang filem terbaik. Apa lagi yg ini kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 09:24 AM | Show all posts
Mari kita sokong filem KITA...................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply  dauswq
kelemahan kru neh bab skrip n storyline...rsnyer la..pepun sbb cgi and cinematography yg cantik aku tingin nak ngk gaks..
honeybee1802 Post at 12-3-2011 08:27


tompang tanya.. lemah relatif to sapa punya stendet?

dr pecah panggung?
usop selam?
prof2 anak mami braders?








Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 09:32 AM | Show all posts
Reply 5# Muntz


    muntz.. aku bukan prejudice ngn filem melayu..tapi aku sudah dibodoh kan dengan film magika... aku tak tau kenape cite tu orang cakap bagus sangat....same goes to HKLBR...

HMM aku dah agak akan dissapointing big time for those who really value movie kan... KRU still tak learn from their 'mistake' dari film magiia, duyung, cicakman yang most of their movies mmg weak dalam screenplay, acting ..bebende yang core dalam pembuatan film except so-called gempak CGI...

mmg orang cakap jgn nak compare apple ngn rambutan .. tak leh compare film hollywood dengan HMM... tapi come on la... dorang masih tak bersungguh2 nak buat cerite... nak support filem kite..fine!! i am not going to waste my money to go and watch movie merely based on ' SUPPORT FILEM KITA' .. 'APPRECIATE BLA BLA' .. if that the case.. if i have 10million.. aku akan buat cerite berlandaskan CGI yang gempak2 tapi all other core aspects dalam pembuatan film macam storyline, casting , direction buat so so...

anyway.. aku tak tengok lagi ... dah agak unfair jugak aku review based on their previous movies.. so akan tengok jugak..tapi tunggu DVD yang dicopy dari astro first
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2011 09:33 AM | Show all posts
Reply 7# kasibiman


    tak de beza... beza KRU ni sebab CGI.. cube tak de CGI...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 09:40 AM | Show all posts
maksudnya pilem PGL lagi hebat ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 09:41 AM | Show all posts
Kelemahan pilem Melayu dari sudut takda benda yang dia orang
nak perjuangkan. Setiap cerita kalo takda mesej yang jelas, takda
unsur kemanusian dan penyampaian dialog yang KOSONG dah pasti
canggih camna dengan CGInya, tetap terasa hambar. Sebab tu pilem-pilem
Hollywood yang kayo dengan CGI pun gagal nak menang dalam memana
filem festival. Siri pilem macam PIRATES OF THE CARRABIAN pun, cuma
yang petama dan kedua je bagus. Yang ketiga tu dah rasa tak masok
akal dah. Gitu gak pilem lain macam Harry Potter
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 09:48 AM | Show all posts
booo korang!! tak tengok lagi dah komen macam2.. {:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 09:54 AM | Show all posts
tak sabar nak tgk!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 10:15 AM | Show all posts
betulkan aku kalau salah. bukan dlm kisah asal pasal perkahwinan ni ada pertarungan Jentayu dan Garuda ? sefaham aku dlm filem ni Garuda bukan merujuk kepada burung plak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 10:24 AM | Show all posts
betulkan aku kalau salah. bukan dlm kisah asal pasal perkahwinan ni ada pertarungan Jentayu dan Garu ...
NIXAR Post at 11-3-2011 16:15



    It is up to us to interpret apa itu GARUDA. Tak semestinya burung.
    Mungkin Taufan, Tsunami and dalam kes KRU, dia interpret GARUDA
    as LANUN. Tak salah, yang penting plotnya kukuh. Dialog tak kosong.
    Ada mesej yang hendak disampaikan. Ada benda yang nak diperjuangkan.
    Kalau takda benda-benda ni, CGI jelah yang dibanggakan..........
    Tapi aku tetap akan menonton juga. Sokonglah Filem KITA!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 10:35 AM | Show all posts
It is up to us to interpret apa itu GARUDA. Tak semestinya burung.
    Mungkin Taufan, Ts ...
natashism Post at 12-3-2011 10:24 AM


Jentayunya mana cek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2011 10:39 AM | Show all posts
Jentayunya mana cek?
NIXAR Post at 11-3-2011 16:35



    Cuma mitos! Dalam pilem tu, garuda (LANON) berlawan dengan
    Merong, so Meronglah agaknya yang diinterpret sebagai JENTAYU!
    Burung beso lawan burung kecik!!!!........
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 10:43 AM | Show all posts
Cuma mitos! Dalam pilem tu, garuda (LANON) berlawan dengan
    Merong, so Meronglah agakn ...
natashism Post at 12-3-2011 10:39 AM


ok lah....aku layan je la terjemahan hang tu.   dlm hikayat x silap aku Jentayu dan Garuda tu bersaudara. dlm rombongan perkahwinan tuh pun mmg Merong ada sekali sebelum diserang Garuda tapi bukannya Merong tuh Jentayu. harap ada yg lebih arif boleh bagi penerangan pada aku.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 11:27 AM | Show all posts
aku x tgk lg..huhuhu...tp kwn aku ckp best...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 11:51 AM | Show all posts
apa kata dr.rozmey? tak rasa tercabar ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062359 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list