View: 12558|Reply: 6
|
[Tempatan]
McDonald's tarik balik saman
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 22-3-2024 11:46 PM
KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia selepas hasil positif proses mediasi antara kedua-dua pihak.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya, Datuk Azmir Jaafar berkata, ia susulan penjelasan yang dibuat BDS Malaysia bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel sama sekali tiada kena-mengena dengan McDonald’s Malaysia.
“Kami ingin menekankan bahawa langkah ini diambil bagi memastikan semua pihak memahami dengan jelas tentang kedudukan McDonald’s Malaysia dalam konflik yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.
“Kami ingin menekankan bahawa langkah ini diambil bagi memastikan semua pihak memahami dengan jelas tentang kedudukan McDonald’s Malaysia dalam konflik yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.
"Kami tetap teguh dengan pendirian untuk tidak menyokong serta terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan. Setelah beroperasi lebih empat dekad di Malaysia dan sebagai perniagaan 100 peratus milik Muslim, kami berbangga menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat di negara ini.
“Kami berharap keputusan yang dibuat hari ini membolehkan semua pihak berganding bahu dan menumpukan usaha mencari penyelesaian demi menegakkan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sinar Harian pada 30 Disember tahun lalu melaporkan, McDonald's Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia berikutan gesaan memboikot restoran makanan segera itu kerana dikatakan bersubahat dengan Israel.
Pemilik francais McDonald's di Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) menuntut permohonan maaf tanpa syarat daripada BDS Malaysia dan ganti rugi RM6 juta termasuk RM3 juta kehilangan pendapatan, RM1.5 juta bagi pekerja diberhentikan dan RM1.5 juta untuk bahan makanan tamat tempoh.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mcdonalds-tarik-saman-terhadap-bds-malaysia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hasil positif ape? Ramai gak lagi yang bangang gi boikot mekdi. |
|
|
|
|
|
|
|
BDSM
Naseb tak dia.letak acronym ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mekdi ni aiols paling suka fries dia jah. Sukor takda Mekdi di daerah aiol so tokleh makan selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Konon nak saman…kekekeke…tau xleh menang la tu, baseless pun…cepat2 tarik saman. Nnt byk lg yg dilondehkan…tahniah bds! |
|
|
|
|
|
|
|
Xde kes la lettew |
|
|
|
|
|
|
| |
|