CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4294|Reply: 0

MotoGP: Acosta mungkin terpaksa lupakan trek

[Copy link]
Post time 23-3-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode

ACOSTA akan menjalani penilaian kesihatan selepas aksi GP Portugal apabila dikaitkan dengan masalah ‘arm pump’. - AFP

LONDON – Pelumba muda Sepanyol, Pedro Acosta yang mencipta sensasi pada kemunculan pertamanya di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kemungkinan akan berehat seketika selepas disahkan mengalami sindrom ‘arm pump’ sewaktu di Qatar.

Acosta yang disebut-sebut sebagai jelmaan baharu Marc Marquez selepas tampil cemerlang dalam aksi pramusim dan juga di Qatar apabila mampu berada di tempat keempat selepas memintas Marquez.

Bagaimanapun, prestasinya mula menurun dari tempat keempat terus jatuh di kedudukan kesembilan selepas pelumba Tech3 GASGAS itu dikatakan mengalami masalah pada cengkaman tayar belakang.

Selepas pemeriksaan pada jentera, pasukan mengenalpasti bahawa tidak wujud sebarang masalah pada bahagian tayar menyebabkan kemerosotan prestasi Acosta secara tiba-tiba
mungkin disebabkan oleh sindrom ‘arm pump’.

Acosta dilaporkan akan menyertai perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal pada hujung minggu ini sebelum pelumba berusia 19 tahun itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pakar untuk menilai sama ada dia memerlukan pembedahan ataupun tidak.

Jika benar Acosta menjalani pembedahan arm pump, kemungkinan dia akan berehat kira-kira tiga minggu sehingga GP Americas di Texas yang berlangsung pada 12 April nanti.

Pembedahan arm pump adalah prosedur biasa untuk pelumba MotoGP dan kebanyakan pelumba terpaksa menjalani pembedahan tersebut sekurang-kurangnya sekali untuk melegakan kesakitan atau kebas yang disebabkan kekurangan aliran darah. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... paksa-lupakan-trek/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051949 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list