CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7825|Reply: 0

Bastianini sambar petak pertama

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode

ENEA Bastianini (tengah) bersama Maverick Vinales (kiri) dan Jorge Martin selepas berakhir sesi kelayakan. FOTO AFP

Portimao: Enea Bastianini merangkul petak pertamanya untuk Ducati selepas mempamerkan aksi cemerlang di Grand Prix Portugal, hari ini manakala rakan sepasukan, Francesco Bagnaia gagal menempatkan diri di barisan hadapan.

Ia adalah petak pertama diraih Bastianini sejak Grand Prix Austria pada Julai 2022 selepas pelumba Itali itu bergelut musim lalu sebaik menyertai Ducati.

"Selepas sekian lama gagal meraih petak pertama, ia sangat istimewa hari ini.

"Ia adalah yang pertama bersama Ducati. Saya gembira kerana kami bertambah baik sejak semalam. Ia baru langkah pertama, tetapi kami sangat gembira," kata Bastianini.


Bastianini mencatat masa terbaik satu minit, 37.706 saat di Litar Antarabangsa Algarve untuk menewaskan pelumba Aprilia, Maverick Vinales dan Jorge Martin dari Pramac Racing.

Juara bertahan, Bagnaia pada awalnya dilihat akan menyertai Bastianini dan Martin di barisan hadapan, tetapi terkeluar daripada tiga kelompok tiga terbaik selepas Vinales mencatat masa kedua terpantas.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ambar-petak-pertama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.048705 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list