View: 4574|Reply: 0
|
MOTOGP: Martin juara, Bagnaia kecewa terjatuh di GP Portugal
[Copy link]
|
|
PELUMBA Sepanyol, Jorge Martin memecut laju biarpun ditentang hebat Maverick Vinales (Aprilia) semasa perlumbaan MotoGP di Grand Prix Portugal, hari ini -AFP
PORTIMAO, Portugal – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin seakan-akan melepaskan geram apabila mencipta kemenangan pertamanya musim ini selepas muncul juara di Grand Prix (GP) Portugal sebentar tadi.
Martin yang sekadar menamatkan perlumbaan sprint di tempat ketiga semalam, enggan melakukan kesilapan terutama lewat untuk membuat keputusan sekali gus tampil lebih agresif untuk memimpin perlumbaan.
Pelumba Sepanyol tersebut dilihat tidak membuka ruang sekali gus memecut laju biarpun pada awal perlumbaan diasak hebat oleh pelumba Aprilia, Maverick Vinales dan juga Enea Bastianini (Ducati) yang berada di belakangnya.
PELUMBA Sepanyol, Jorge Martin meraikan kemenangannya di Grand Prix Sepanyo. -AFP
Bastianini yang sedikit ketinggalan berjaya menamatkan perlumbaan tempat kedua selepas jentera Vinales mengalami kerosakan dan menjadi punca dia terlepas untuk menaiki podium.
Keadaan tersebut membuka ruang kepada pelumba rookie Tech3 GasGas, Pedro Acosta untuk menamatkan perlumbaan tempat ketiga selepas cemerlang memintas juara dunia musim lalu, Francesco Bagnaia dan Marc Marquez pada baki lima pusingan terakhir.
Hasil keputusan tersebut, Martin berjaya memimpin carta kedudukan MotoGP dengan mengumpul 60 mata selepas seteru utamanya, Bagnaia gagal menamatkan perlumbaan sejurus terlibat dalam insiden pelanggaran dengan pelumba baharu Gresini Racing, Marc Marquez di selekoh kelima.
Kemalangan yang melibatkan Bagnaia dan Marquez turut membuka ruang kepada Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) menamatkan perlumbaan ditempat keempat dan terus mendaki berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 42 mata manakala Bastianini di tempat ketiga dengan 39 mata. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tuh-di-gp-portugal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|