CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3022|Reply: 0

Aston Martin akur hukuman diterima Alonso

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:53 AM | Show all posts |Read mode

ALONSO dikenakan penalti 20 saat. FOTO AFP

London: Aston Martin tidak akan mengemukakan rayuan hukuman penalti yang menyaksikan kedudukan Fernando Alonso jatuh dari tempat keenam kepada kelapan pada Grand Prix Australia hujung minggu lalu kerana 'memandu secara berbahaya' sebelum insiden kemalangan George Russell.

Juara dunia berganda Formula Satu itu dikenakan penalti 20 saat selepas dia membrek secara luar biasa ketika memasuki selekoh enam di Albert Park pada pusingan kedua terakhir.

Ia menyebabkan pemandu Mercedes, Russell hilang kawalan ketika berada di belakangnya.

Bos pasukan Aston Martin, Mike Krack dalam surat kepada peminat di media sosial berkata pasukan akan sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada Alonso.


"Dia pemandu paling berpengalaman dalam Formula Satu. Dia sudah beraksi lebih banyak grand prix berbanding pemandu lain dan mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun.

"Dia adalah juara dunia dalam pelbagai kategori. Untuk menerima keputusan penalti 20 saat walaupun ia tidak membabitkan kereta lain, adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan, tetapi kami perlu menerima keputusan itu.

"Kami cuba yang terbaik tetapi tanpa bukti baharu, kami tidak dapat meminta untuk mempertimbangkan semula hukuman itu," tambahnya.

Krack menambah bahawa Alonso sudah berusaha sebaik mungkin untuk menamatkan perlumbaan di atas Russell dan berkata pemandu Sepanyol itu tidak mungkin akan membahayakan mana-mana pemandu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... man-diterima-alonso
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050015 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list