CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7920|Reply: 0

F1: Red Bull kuasai kedudukan 1-2 di GP Jepun

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:28 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN dan Perez terus mendominasi saingan F1 apabila mencatat kemenangan 1-2 buat kali ketiga di Suzuka daripada empat perlumbaan. - AFP

SUZUKA – Pasukan Red Bull Racing terus mengukuhkan penguasaan dalam saingan Formula Satu (F1) musim ini selepas mencatat kemenangan 1-2 pada perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun di Litar Suzuka semalam.

Seperti diramal, juara dunia, Max Verstappen tidak berdepan sebarang masalah untuk menamatkan perlumbaan 53 pusingan itu sebagai pemenang, diikuti rakan sepasukannya, Sergio Perez di tempat kedua.

Verstappen pastinya boleh menarik nafas lega apabila kembali memenangi perlumbaan memandangkan aksi terdahulu pada GP Australia di Litar Albert Park menyaksikan dia gagal menamatkan saingan akibat masalah mekanikal.

“Satu kemenangan yang sangat bermakna. Saya bermula baik hari ini (semalam) dan berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan selain jentera yang menunjukkan prestasi cukup baik dari semasa ke semasa.

“Semuanya berlangsung dengan baik kerana strategi dan hentian pit yang dilakukan membuahkan hasil. Saya gembira dapat kembali memenangi perlumbaan selepas apa yang berlaku di Australia sebelum ini,” kata Verstappen sejurus tamat perlumbaan.

Mengiringi Verstappen dan Perez di podium adalah salah seorang pencabar kejuaraan dunia musim ini dari Ferrari, Carlos Sainz yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas bermula di petak keempat.

Selepas ini, saingan akan berehat selama dua minggu sebelum kembali menggegarkan litar pada GP China yang berlangsung di Litar Antarabangsa Shanghai pada 19 hingga 21 April nanti. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... an-1-2-di-gp-jepun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22701 Replies : 473
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9806 Replies : 95
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93503 Replies : 1265
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21500 Replies : 72
Kamala pecah rekod
maklukpenggodaKamala pecah rekod
Views : 32472 Replies : 24
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642
Kerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
maklukpenggodaKerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
Views : 31437 Replies : 58
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 17766 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.396982 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list