CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7011|Reply: 0

Alonso leraikan segala spekulasi

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode

ALONSO terus komited untuk membantu Aston Martin apabila melanjutkan kontraknya bersama pasukan itu. – AFP

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1) sebanyak dua kali, Fernando Alonso sah kekal bersama pasukan Aston Martin musim depan.

Alonso yang menyertai Aston Martin musim lalu mempunyai kontrak sehingga akhir musim ini, namun pasukan berpang­kalan di Silverstone, England tersebut bersedia mengikat kontrak­nya sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun.

Ketua pasukan Aston Martin, Mike Krack berkata, juara dunia dua kali itu masih dahagakan kejayaan untuk mencipta kejutan.

“Dia benar-benar berdedikasi untuk menjadikan Aston Martin sebuah pasukan yang kompetitif.

“Mengenai kontrak perjanjian Alonso dengan Aston Martin adalah satu berita yang hebat kerana kami telah membina hubungan kerja yang kukuh sejak 18 bulan lalu.

“Malah kami berkongsi keazaman yang sama untuk melihat projek ini berjaya. Selain itu kami juga telah melakukan pertemuan beberapa bulan lalu.

“Apabila dia (Alonso) memutuskan mahu meneruskan perlumbaan, dia bercakap dengan kami terlebih dahulu. Alonso te­lah menunjukkan kepercayaannya kepada kami,” ujarnya.

Keputusan Aston Martin untuk mengikat kontrak Alonso sekali gus menutup spekulasi bahawa pemandu berusia 43 tahun itu akan menyertai Red Bull mahu­pun Mercedes musim depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... n-segala-spekulasi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.053132 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list