CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4989|Reply: 0

Vinales cipta ‘magis’ raih kemenangan berturut-turut GP Americas

[Copy link]
Post time 15-4-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode

VINALES (kiri) meraikan kejayaannya di pentas podium. -MotoGP

AUSTIN, Amerika Syarikat – Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales mencipta sejarah pada Grand Prix (GP) Americas di Texas apabila melakar kemenangan berturut-turut bermula di perlumbaan sprint ke perlumbaan sebenar awal pagi tadi.

Biarpun tergelincir di kedudukan ke-11 selepas berlaku pelanggaran di selekoh pertama namun, Vinales yang menempah petak pertama pada perlumbaan tersebut membuktikan dia adalah pencabar baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024 selepas bangkit mencipta kemenangan.

Kini, Vinales boleh tersenyum lebar apabila dia telah memahat namanya dalam sejarah perlumbaan MotoGP apabila mencipta tiga kemenangan GP menerusi tiga jentera berbeza iaitu Suzuki, Yamaha dan terkini bersama pasukan Aprilia.

“Terima kasih semua, saya rasa semua orang memberi sokongan kepada saya hari ini dan kemenangan ini sangat istimewa buat kami.


VINALES (kanan) sedang memintas pelumba baharu, Pedro Acosta untuk mencipta kemenagan di Grand Prix (GP) Americas, awal pagi semalam. -MotoGP

“Untuk tiba ke puncak bersama Aprilia seperti ini saya rasa seperti mimpi. Saya akui ia bukan mudah kerana ia tidak sama seperti apabila anda pergi ke pasukan yang sudah mencipta kemenangan dan anda tahu jentera itu sememangnya hebat.

“Saya tiba di Aprilia bersama Aleix (Espargaro) dan membantu mengembangkan jentera ini. Aleix melakar dua kemenangan dan kemudian meninggalkan jentera yang bagus dan saya
mengambil langkah seterusnya.

“Saya akui ia sangat hebat dan saya perlu berterima kasih kepada Aleix atas kerja yang dia lakukan bersama Aprilia. Apapun, kami perlu terus meneruskan aksi terbaik seperti ini musim ini untuk mencipta kejutan sekali lagi dalam perlumbaan musim ini,” kata Vinales.

Pelumba rookie, Pedro Acosta menamatkan perlumbaan tempat kedua mengakui dia tidak mengalami sebarang kerugian biarpun ketika itu diambang kemenangan sebelum dipintas Vinales.

“Kami tidak rugi apa-apa, saya lebih gembira,” kata pelumba berusia 19 tahun itu tersebut yang kini berada di tangga keempat carta keseluruhan dengan mengumpul 54 mata.

Sementara itu, pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin yang sekadar menamatkan perlumbaan tempat keempat kekal di tangga teratas carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 80 mata dan diikuti Enea Bastianini (Ducati) tangga kedua dengan 59 mata dan Vinales tempat ketiga dengan 56 mata. -AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -turut-gp-americas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.079042 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list