CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2759|Reply: 0

Pedrosa kembali gegar trek MotoGP

[Copy link]
Post time 15-4-2024 02:47 PM | Show all posts |Read mode

PEDROSA diberikan tiket wildcard oleh KTM untuk menghadapi perlumbaan GP Sepanyol pada 28 April ini. – AFP

AUSTIN – Pasukan KTM Factory Racing dilihat mahu terus membangunkan jentera terbaik mereka apabila memutuskan untuk menurunkan pelumba uji iaitu Dani Pedrosa menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Sepa­nyol pada 28 April ini.

Selain Pedrosa, KTM juga membuat keputusan memanggil Pol Espargaro sebagai pelumba wildcard pada GP Itali di Litar ­Mugello nanti.

Kedua-dua pelumba berpengalaman berkenaan dipanggil untuk membantu barisan kejuruteraan pasukan dari Austria itu untuk membina jentera terbaik mereka musim ini.

Seperti sedia maklum, Pedrosa menjadi watak penting dalam proses pembangunan jentera KTM RC16 ketika ini yang di­lihat lebih berdaya ­saing terutama mampu berada di podium bersama Ducati.

“Saya sangat seronok di Jerez tahun lepas dan sambutan daripada peminat sangat mengagumkan. Kita semua tahu Jerez adalah litar yang istimewa.

“Bagi kami adalah penting untuk menggunakan beberapa rujukan untuk ujian kami dan meletakkannya semula dalam persekitaran perlumbaan yang kompetitif. Ini adalah sebab utama saya dipanggil agar KTM mampu bersaing lebih hebat pada musim 2024,” kata Pedrosa.

Sementara itu, Espargaro gembira dapat menyertai pasukan KTM semula sejak dia disingkirkan daripada pasukan satelit KTM GasGas Tech3 berikutan kecederaan sebelum memberi laluan kepada Pedro Acosta musim ini.

“Sangat gembira dapat berlumba sekali lagi terutamanya di Mugello. Saya sangat teruja untuk menunggang jentera KTM baharu ini. Ujian sebelum ini sangat baik dan saya bermotivasi selain ingin menunjukkan bujian kami bersama KTM benar-benar berfungsi serta laju,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -gegar-trek-motogp/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22701 Replies : 473
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9806 Replies : 95
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93503 Replies : 1265
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21500 Replies : 72
Kamala pecah rekod
maklukpenggodaKamala pecah rekod
Views : 32472 Replies : 24
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642
Kerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
maklukpenggodaKerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
Views : 31437 Replies : 58
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 17766 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067696 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list