Edited by maklukpenggoda at 16-4-2024 02:37 AM
Sydney: Lelaki yang menikam orang ramai di pusat beli-belah Sydney, Sabtu lalu pernah mengiklankan diri sebagai pengiring lelaki dan cuba menyertai kumpulan pemilik senjata.
Maklumat itu didedahkan seiring siasatan terhadap Joel Cauchi, 40, yang ditembak mati selepas menyebabkan kematian enam orang di Westfield Mall di Bondi Junction.
Dia yang berasal dari Queensland dikenali dalam kalangan pihak berkuasa tempatan, namun tidak pernah ditahan sehingga melakukan jenayah itu, kira-kira sebulan selepas berpindah ke bandar ini.
Menerusi hantaran dalam kumpulan Facebook pada Disember 2020, Cauchi menulis, "saya sedang mencari kumpulan individu yang memiliki senjata termasuk pistol untuk berjumpa, berbual dan berkenalan".
Dilaporkan, Cauchi juga mendaftar profil di beberapa laman web pengiring lelaki termasuk Australia Cracker, Empire Esc*rts dan Esc*rts Australia.
Cauchi menggambarkan dirinya dalam satu profil sebagai lelaki tampan berusia 39 tahun berpangkalan di Sydney dan mencari keseronokan.
Dalam maklumat di Facebook, Cauchi mendakwa bekerja sebagai tutor bahasa Inggeris.
Sementara itu, pemilik perniagaan mengasah pisau di Queensland memberitahu Guardian Australia, Cauchi pernah bertanya mengenai perkhidmatan mengasah dua pisau 'harian' kira-kira tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, peniaga itu menyifatkan permintaannya 'pelik' memandangkan Cauchi bukan chef atau pemotong daging.
"Apabila ditanya, jawabnya 'saya buat kerja menggunakan pisau di belakang rumah dan menggunakannya setiap hari'," katanya.
|