CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4858|Reply: 0

Pengorbanan Vinales tuai hasil lumayan

[Copy link]
Post time 16-4-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode

VINALES (kiri) meraikan kejayaan berganda menjuarai sprint dan perlumbaan sebenar GP Americas awal pagi semalam. – MOTOGP

AUSTIN – Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales menempuh perjalanan berliku sebelum berjaya mencipta kemenangan berturut-turut pada Grand Prix (GP) Americas bersama pasukan Aprilia awal pagi semalam.

Vinales pernah melalui episod mengecewakan sebelum ini selepas terpalit kontroversi dengan Yamaha pada 2021 hingga digantung sebelum menamatkan kontrak lebih awal bersama pasukan Jepun itu.

Bagaimanapun, Vinales tampil memohon maaf kepada Yamaha yang ‘menggantungnya’ daripada berlumba pada GP Austria di ­Litar Red Bull Ring pada hujung tahun 2021 selepas didakwa ­sengaja merosakkan jenteranya sewaktu GP Styria.

Selepas beberapa konflik, Vinales membuat keputusan enggan kembali bersama Yamaha dan pasukan Aprilia tidak me­nunggu lama sebelum menyambar ­khidmat pelumba Sepanyol tersebut pada 2022 untuk bergandingan dengan Aleix Espargaro.

Namun, Vinales tidak terburu-buru mencipta kemenangan bersama Aprilia kerana bersabar membangunkan jentera RS-GP bersama-sama Espargaro.

Kesabaran Vinales akhirnya menuai hasil apabila dia menjuarai kategori sprint di GP Portugal sebelum mencipta sensasi melakar kemenangan sprint dan perlumbaan sebenar GP ­Americas awal pagi semalam.

“Saya tidak mempunyai kata-kata dengan kejayaan luar biasa di sini. Segala usaha saya lakukan akhirnya mendapat ganjaran. Sangat sukar untuk sampai ke sini, kami berdepan kesukaran dan tekanan. Keluarga saya tahu apa saya alami sebelum ini.

“Pada 2021, saya tidak tahu sama ada saya perlu berhenti dan kini saya berada di atas. Semua ini mengajar saya hanya satu perkara iaitu anda tidak boleh berputus asa dan sentiasa terus berjuang,” kata Vinales. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... tuai-hasil-lumayan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052959 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list