CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2855|Reply: 0

Marquez dedah punca kemalangan

[Copy link]
Post time 17-4-2024 12:52 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ mendakwa dia hilang kawalan disebabkan masalah brek depan sewaktu GP Americas pada Ahad lalu. – AFP

AUSTIN – Juara dunia enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez berjaya memimpin perlumbaan buat kali pertama sewaktu Grand Prix (GP) Americas pada Ahad lalu, tetapi tidak bertahan lama apabila dia hilang kawalan dan jatuh di ­selekoh 11.

Pelumba Gresini Racing itu menjelaskan dia mengalami kesukaran untuk mengawal brek depan sehingga menyebabkannya terjatuh, sekali gus terpaksa akur menamatkan perlumbaan di Litar Americas, Austin di ­tempat ke-17.

“Saya menghadapi banyak kesukaran dengan brek depan, tetapi saya masih cuba untuk memimpin perlumbaan. Sehinggalah tiba di selekoh 11 saya terpaksa membrek tiga hingga empat kali sebelum terjatuh.

“Kami berjuang dalam kumpulan teratas dan kami cuba me­mimpin perlumbaan, tetapi malangnya, perasaan hari ini bukan yang terbaik,” kata Marquez.

Dalam pada itu, beliau juga beberapa kali berusaha memperlahankan jenteranya pada sepuluh pusingan awal untuk mengelak daripada berlanggar dengan pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin kerana jarak yang terlalu dekat.

“Saya perlu memperlahankan kelajuan dengan banyak supaya tidak terkena Martin,” ­jelasnya.
Pelumba berusia 31 tahun itu berpendapat bahawa beliau kini berada dalam kedudukan yang baik kerana dua kali berjaya bangkit dalam perlumbaan.

“Jadi rentak, tahap dan kelajuan juga ada. Ini adalah yang pa­ling penting,” tambahnya.

Sebagai rekod, Marquez kini jatuh ke kedudukan kelapan dalam carta keseluruhan pelumba kejuaraan dunia, ketinggalan 44 mata di belakang Martin yang mendahului ketika ini selepas menamatkan GP Americas di tempat keempat. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... h-punca-kemalangan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052232 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list