CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9770|Reply: 32

[Tempatan] 'Usrah' di McDonalds elak permusuhan

  [Copy link]
Post time 21-4-2024 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-4-2024 12:00 AM

Gelisah melihat kekeliruan sesetengah orang terhadap pendirian memboikot rangkaian restoran makanan segera yang dilabel terkait dengan Israel, sekumpulan aktivis dengan latar belakang pelbagai mengambil jalan yang unik.

Mereka menyertai 'usrah' di salah sebuah cawangan restoran McDonald's di Selangor.

Bertempat di Puchong, mereka - yang sesetengahnya siap berjubah dan berkopiah - berkumpul untuk menunjukkan bahawa kempen boikot itu adalah suatu pilihan buat rakyat Malaysia.

Jurucakap kumpulan itu, Omar Mohamed, berkata ketika ada kumpulan yang mahu meneruskan kempen tersebut, ada pilihan buat orang lain yang mahu menjadikan rangkaian restoran seperti McDonald's sebagai tempat menjamu selera dengan selamat, sambil meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan.

"Pada kami, restoran seperti McDonald's dan KFC ada jasa yang agak banyak kepada rakyat Malaysia, termasuk dari program kemasyarakatan mereka.

"Justeru apa salahnya untuk kami ambil dari sudut itu untuk memberikan perspektif positif syarikat berkenaan.

"Dan yang lebih penting ialah, kami cuba tonjolkan hubungan timbal balik yang baik di antara penyedia makanan dan pelanggan agar kita semua dapat hidup secara harmoni," katanya kepada Malaysiakini.

Dinamakan secara tidak rasmi sebagai program usrah Madani @ McD, mereka berbincang sambil menikmati hidangan masing-masing selama kira-kira dua jam.

[Peserta pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pakar kewangan Islam, kejuruteraan komunikasi, agama dan akauntan.

Omar berkata, tindakan mereka itu bukanlah sebagai langkah mahu mencabar atau memprovokasi mana-mana pihak sebaliknya cuba meyakinkan orang ramai bahawa aktiviti dijalankan syarikat seperti McDonald's dan KFC itu adalah OK saja.

Untuk rekod gerakan memboikot pelbagai jenama yang terkait dengan Israel digerakkan dengan ketara sejak beberapa bulan lalu selepas rejim Zionis menggempur Palestin.

Bagaimanapun kempen itu menunjukkan perkembangan berbeza apabila pihak tertentu yang menyokongnya menggunakan pendekatan di luar batasan.

Ekstrem bermula dari atas

Misalnya ada kumpulan yang mengugut serta mengganggu pelanggan restoran berkenaan, selain menggunakan kaedah janaan digital menggambarkan pihak yang menerima McDonald's atau KFC sebagai anjing.

Ditanya bagaimana mereka boleh terfikir untuk berkumpul begitu, Omar menjelaskan, ia muncul secara spontan dan santai.

"Ia membawa kami yang sering berkomunikasi di media sosial untuk berbual secara santai, dan kebetulan pula suasana Aidilfitri masih terasa.

"Di situ kami menggunakan ruang yang ada untuk mengeratkan persaudaraan.

"Tema utama ialah kerana Aidilfitri itu tapi kami bukan nak melawan kempen boikot," katanya.

Sementara itu salah seorang perserta Najmuddin Yusoff berkata kempen melampau oleh sesetengah pihak seperti baru-baru ini perlu dijawab dengan kaedah yang ramah serta rahmah.

Katanya tindakan semberono itu bukan saja menggugat keharmonian malah memberikan imej yang buruk kepada Islam.

"Tak ada apa-apa yang perlu kita takutkan. Tak mengapa jika kita mahu memboikot restoran ini, dan pada masa sama tidak ada apa-apa jika kita memilih untuk masuk dan makan di sini dengan aman," katanya.

Ditanya apakah perbincangan yang disentuh sepanjang tempoh dua jam itu, Najmuddin berkata: "Bermacam-macam. Isu semasa, perkampungan Sunnah di Perlis dan hal-hal berkaitan dengannya, serta politik semasa termasuk pendekatan ekstrem pihak tertentu."

Omar pula memberitahu mereka turut melihat bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim terlibat dalam "misi gila" membawa isteri dan anak aktivis Gaza, Nadir al-Nuri Kamaruzaman, keluar dari wilayah bergolak itu untuk dibawa ke Malaysia.

"Sebenarnya aktiviti keagamaan di Selangor berlangsung sangat baik namun ada timbul isu ekstrem yang dimulakan oleh pemimpin tertentu lalu disambut oleh pengikut mereka secara semberono," katanya.

Sementara itu Najmuddin berkata, mereka bercadang untuk mengadakan lagi program seumpama itu selepas ini.

“Mungkin menjadi program bulanan, tetapi kami tidak akan mengkhususkan hanya di restoran McDonald’s,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Omo omo

Berdamai dah keh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Usrah Cawangan PAS ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Usrah Cawangan PAS ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Usrah Cawangan PAS ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni lambat sikit nak uturn kan.. tempat islamik iols dah nampak kereta beratur kat mekdi start puasa.. sebelum ni sebulan je.. muahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sebenarnya aktiviti keagamaan di Selangor berlangsung sangat baik namun ada timbul isu ekstrem yang dimulakan oleh pemimpin tertentu lalu disambut oleh pengikut mereka secara semberono," katanya.

Boleh serkap jarang jer sapo pemimpin iteww.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
"Peserta pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pakar kewangan Islam, kejuruteraan komunikasi, agama dan akauntan."

Memang jauh bertiang la kalau nak banding peserta kacau orang yg kat Kontan tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sokomg Israel tu McD Israel. Hak dia lah. Dah tentu dia company Israel dia sokonglah tentera Israel.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
"Dinamakan secara tidak rasmi sebagai program usrah Madani @ McD....."
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
I x kisah la sapa nak boikot, sapa xnak boikot..pendapat masing2..tapiiii, i rasa grup ni mcm attention seeker je..ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat malu kat org bukan Islam kat tempat iolss ni..dia org boikot kaw2 kedai2 fraincais ni..siap ms menyoping brg rumah kat Lotus,Aeon scan tgk ade link gan Yahud x..kalo ade letak balik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:07 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 22-4-2024 01:05 AM
I x kisah la sapa nak boikot, sapa xnak boikot..pendapat masing2..tapiiii, i rasa grup ni mcm attent ...

sambil2 kot boleh dapat free food
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 22-4-2024 01:05 AM
I x kisah la sapa nak boikot, sapa xnak boikot..pendapat masing2..tapiiii, i rasa grup ni mcm attent ...

kan??
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:27 AM | Show all posts
iol simpan dulu komen iol...sebab isu boikot ni kalau nak lebih tegar lagi seharusnya boikot dari A to Z. dari makanan, medsos, make up, rokok, etc

why only mcd dan kfc yg kena????

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
pakat uturn habis kaaa
kat ofis ni pon ada yang duk tanya, dah habis ke ek boikot sebab teringin nak makan

sis maki je dalam hati, vodo sekor2..jenis boikot ikut trend je padahal buta bab ekonomi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 22-4-2024 09:27 AM
iol simpan dulu komen iol...sebab isu boikot ni kalau nak lebih tegar lagi seharusnya boikot dari A  ...

boikot ikut trend gitu la..cycle ulang setiap 10 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mufti da kata x perlu boikot.

Rsnya biar la msg2 punya decision ko nak boikot ke x. X payah lah nak paksa2 org lain. Setiap org ada pandangan Dan Cr tersendiri utk isu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:10 AM | Show all posts
kiranya ni berusrah sambil makan apa yg diboikot la yea? nanti reramai repost gambar makanan mekdi, kfc, piza hut, dominos, beger king dengan lipahan darah, kereta kabel, jantung buah pinggang tangan kaki kepala mata telinga yg kena bunuh tu disebelah gambar makanan tersebut.

nak boikot tp teringin? acaner tu??
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:14 AM | Show all posts
Nenyatahu pernah berkata orang yang boikot ni umpama anjing yang kelaparan yg kembali kepada tuannya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080281 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list