View: 18686|Reply: 59
|
Meerqeen tak mahu komen apa-apa lagi mengenai Sarah Yasmine
[Copy link]
|
|
Pelakon Meerqeen, 22, tidak mahu mengulas lanjut mengenai kontroversi mengaitkan dirinya dengan Sarah Yasmine, iaitu wanita yang mendakwa kekasih artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz.
Meerqeen atau nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam mahu fokus kepada karier seni, apatah lagi, filem lakonannya, iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey akan menjengah pawagam, mulai 27 Jun depan.
"Saya tiada apa-apa yang mahu dikatakan ketika ini. Saya datang ke sini untuk filem baharu, Harimau Malaya: The Untold Journey. Saya mahu fokus kepada kerja saya," katanya ditemui pada sambutan Hari Raya menjelang tayangan filem Harimau Malaya: The Untold Journey dan Terkutuk di sebuah hotel di sini, hari ini.
Ketika ditemubual media baru-baru ini, Meerqeen mendakwa Sarah adalah peminatnya. Bagaimanapun, Sarah dilapor menafikan perkara itu dan mendakwa mereka pernah menjalin hubungan pada Ogos dan September, tahun lalu.
Bertanya sama ada kontroversi ini memberi kesan kepada dirinya, Meerqeen yang sedang menjalani penggambaran drama Cinta Untuk Sekali Lagi, tidak mahu isu berbangkit itu mengganggu kerja.
"Tiada komen mengenai ini. Anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.
"Saya tidak ikuti perkara yang sedang berlaku sekarang. Saya sedang menjalankan penggambaran drama yang agak 'intense', jadi, saya lebih fokus kepada kerja dan diri saya... Itu sahaja," katanya.
Tambah Meerqeen, dia tidak membaca komen netizen dalam media sosial.
"Saya tiada masa untuk sesiapa. Saya dengan keluarga pun (peruntukkan masa) dalam tiga atau empat jam sahaja... Keluarga saya tahu saya macam mana," katanya.
Berkongsi lanjut mengenai filem Harimau Malaya: The Untold Story arahan Datuk Afdlin Shauki yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan itu, Meerqeen seronok dapat bekerja di bawah pengarah terkenal itu.
"Ini adalah pengalaman menakjubkan. Saya seronok bekerja dengan Afdlin dan berharap peminat dapat terima lakonan saya dengan baik," katanya.
Filem Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan kebangkitan semula skuda Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.
Selain Meerqeen, naskhah ini membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Tuhannn.. muka budak selenga si sarah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Better takyah respon apa2 nnt semuanya akan terhenti sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 29-4-2024 11:14 PM
Better takyah respon apa2 nnt semuanya akan terhenti sendiri
Yg merkin ni mmg takyah jawab pun. Mcm takde kaitan benor kes dia tiba2 nak di-highlight si sarah. Bukan ada kena mengena dgn kekasih gelap dia pun kan hal merkin ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko tu pantang tgk betina nk mggatal...mndapat ler..low class sungguh jantan cam ni..betina tattoo pun ko nk geli2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xpaham aku org puji sarah lawo nature beauty |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 30-4-2024 12:50 AM
Xpaham aku org puji sarah lawo nature beauty
Iols tiap kali gosok, cuci mata ntah apa lagi nak nampak lawo dia. Tak jumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
menipu lagi padan muka terkantoi.. lain kali jawab je no comment.. tak payah nak menipu fan bagai |
|
|
|
|
|
|
|
baru 22 merqeen ni? muka matang sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Si budak jantan ni dah kongkek atas katil dgn bini Popeye ni ke? Yg si betina mmg tk heran la jenis touch n go tp si jntan ni portray diri sesuci lebaran dan nampak close dgn family. Tp dah namanya jntan, kalau puki ada depan mata, pastu free plk mmg tak tolak la kannnn, tp kalo puki tu dah dibuat ala2 public toilet, dah dicelup dan diflush oleh ramai punai, baik toksah laaaa, kang nnt lekat penyakit kelamin! |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat DM pun nak tuduh ada affair...mende kau ni Sarah...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha
spill the tea sarah
saman la sarah tu kalau dia pitenah
as simple as that
|
|
|
|
|
|
|
|
laa hai baru 22 si merqen ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Pak.dolla at 29-4-2024 11:55 PM
.
.
.
Culture shock kot?
sbb muda² dah popular dan byk fulus...ramai la bbnu nak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 30-4-2024 07:25 AM
Setakat DM pun nak tuduh ada affair...mende kau ni Sarah...
Bukan dm je... Kan ada staff hotel nampak dorang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Mula mula masa interview tu merk cakap friend.lepas tu reputs doh tanya tanya lagi tiba koner jadi fan.yg hotel tu x paham sgt conversation tu sampai budak tu turunkan tweet tu....tapi turn off je aku tgok asik dok HaHAAAAhahaaaa..dah betina dok.menyua yua....jantan muda mcm ni mana nak tolak....harmon depa tengah mencanak |
|
|
|
|
|
|
| |
|