Pempengaruh terkenal, Ameera Khan memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi kononnya dia melukis tatu di tangan.
Jelasnya, parut yang ada di tangannya itu berpunca daripada bekas henna yang dibuatnya di Madinah. Dia tidak tahu rupa-rupanya alergik kepada bahan yang digunakan.
Kulitnya mula menggelupas dan berdarah teruk sehingga meninggalkan parut hitam. Adik kepada Neelofa ini percaya parut itu akan hilang tetapi mengambil masa.
Kredit: Instagram Ameera Khan/OhMedia
|