View: 5859|Reply: 39
|
Muaz Zabir berang, nama kembali dipetik Aliff Aziz
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Pelakon Muaz Zabir kesal apabila penyanyi Aliff Aziz masih ‘memetik’ namanya berhubung isu curang dengan Bella Astillah yang dikongsi dalam sebuah temu bual podcast baru-baru ini.
Dedah Muaz, dia sudah berhubung dengan Aliff dan berulang kali memohon maaf selain menganggap penyanyi itu bukan seorang lelaki sejati apabila terus mengungkit isu tersebut berulang kali.
“Takkan selama ini saya bercakap (berhubung dalam WhatsApp) dengan hantu? Kami memang berhubung dan saya boleh tunjuk dia maki hamun saya selama kami mencapai kesefahaman.
“Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tidak puas hati dan tak perlulah nak tularkan dalam media sosial. Dia sangat tak ‘gentleman’.
“Dia minta saya jangan kecohkan perkara ini selain sudah membuat perjanjian awal supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tapi lain pula berlaku.
“Saya sudah minta maaf padanya November tahun lalu dan itu ini tidak sepatutnya diungkit lagi,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama peminat sempena Karnival Jom Heboh di sini, hari ini.
Tambah Muaz, Aliff dilihat seperti mempunyai niat tidak baik terhadapnya dan Bella berdasarkan mesej perbualan WhatsApp antara Aliff dan individu dikenali NRF seperti yang ditularkan oleh pelakon Didi Astillah.
“Kalau dia nak buat laporan polis atau membawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya juga ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik.
“Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri.
“Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami, Sudah-sudahlah saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Kuih Muah Aliff supaya berhenti memburukkan dan mengheret lagi namanya dalam kemelut yang meledak ketika ini.
“Saya tiada hak untuk cakap apa-apa kepadanya tapi harap dia dapat fikir sendiri kerana dia lebih matang.
“Saya doakan yang terbaik untuk dia dan apa jua tindakan yang dibuat saya harap benda itu membawa kebaikan kepadanya.
“Namun jika tindakan anda (Aliff) tiada kebaikan kepada diri sendiri, janganlah pula bawa keburukan kepada orang lain. Saya rasa ini tidak patut,” ujarnya.
Terdahulu Aliff menerusi temu bual podcast yang bersiaran dalam YouTube menceritakan kembali hubungan yang terjalin antara Bella dan Muaz sekitar Oktober tahun lalu.
Malah Aliff mempersoalkan tindakan Muaz yang didakwa mengganggu isterinya. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahai langau2 sekalian...sila matikan diri....den rs thp tapir dah ni tgk muka2 dan isu2 cilaka korang...dasar seko2 muka tak tahu malu...diri dah xde maruah/rasa malu ke?????harrrkkkkkktuiihhhhhhhhhhh dasar kinabatangan..... |
|
|
|
|
|
|
|
ko pun main dgn api
rmai lg ank2 dara
ni bini org ..walau lakinya playboya tersohor |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2 lah kisah manusia2 toksik ni. Penuh muka diorang je. Semak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Diaorang kan dah tersepit...terpaksa lah ulang balik citer Bella Muaz...kemain Alip maki hamun ..tak sedar diri betul adik ipar pun dia nak ... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takut dilambung ombak....
jgn berumah ditepi pantai......
|
|
|
|
|
|
|
|
eh muazzzz ko pun sama je |
|
|
|
|
|
|
|
Padan la muka ko. Sontot bini org, what do u expect? |
|
|
|
|
|
|
|
Semua yg terlibat dlm drama ni nak menegakkan benang yg basah.. semakk |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti la dia ulang nama ko. Sedangkan Normiang dah berpuluh tahun anak dah kawin lari pun netizen ulang cerita angkut toto |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan murahan berskandal dengan bini orang. Eeeuww jijiks.
Mementang la orang tengah menyampah dengan alep sibuk je dia menangguk di air yg keruh.
Baca komen kat astro gempak kau pn sama dimaki hamun netijen sebab berskandal dengan bini orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni sekor jenis x sedar diri...org tu tak debik ko masuk icu dah sujud sukur dek... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kau pun Mmg salah. Mmg lah orang akan sentiasa upkan salah kau, |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lagi. Jumpa dan bertumbuk la. |
|
|
|
|
|
|
|
tidak_kelihatan replied at 5-5-2024 02:30 PM
Padan la muka ko. Sontot bini org, what do u expect?
Hahahahhaa bagi dia sedas dua. Dia ingat dia selamat dan boleh jadi penyondal yang dimaafi sbb yg disondol itu adalah penyondol yang diredai. |
|
|
|
|
|
|
|
ninajaybee replied at 5-5-2024 07:21 PM
Hahahahhaa bagi dia sedas dua. Dia ingat dia selamat dan boleh jadi penyondal yang dimaafi sbb yg ...
Penyondol lelaki kita panggil PENJOLOK la ok dak hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Eh kembar alip sukri.
Dah buat salah tu tetap salah.
Walaupun ada yg sokong.
Tak malu betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa sedap tak ingat pulak Bini org |
|
|
|
|
|
|
|
tidak_kelihatan replied at 5-5-2024 06:35 PM
Penyondol lelaki kita panggil PENJOLOK la ok dak hahahah
Penyodok pon boleh gak,kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|