CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6981|Reply: 0

Norris juara GP Miami

[Copy link]
Post time 6-5-2024 09:49 AM | Show all posts |Read mode

LANDO melambung trofi selepas muncul juara GP Miami. FOTO AFP

Miami: Pemandu McLaren, Lando Norris memanfaatkan situasi agak bernasib baik untuk muncul juara Grand Prix (GP) Miami, hari ini, mengatasi juara dunia tiga kali Formula Satu (F1), Max Verstappen.

Ia adalah kemenangan F1 pertama buat Norris iaitu pemandu Britain yang memegang rekod menaiki podium paling banyak sebanyak 15 kali tanpa muncul juara, termasuk menduduki tempat kedua lapan kali dalam 110 GP.

Verstappen pada mulanya dilihat berada dalam keadaan baik untuk meraih kemenangan kelima daripada enam perlumbaan sehinggalah kemalangan pada pertengahan perlumbaan yang membolehkan pemandu McLaren itu memanfaatkan situasi ketika kereta keselamatan berada di atas trek untuk berada di depan.

Verstappen memburu gelaran hatrik di Miami dan meninggalkan Norris selepas perlumbaan diadakan semula, namun tidak mampu mengejar apabila jentera McLaren berada di depan.


Pemandu Ferrari, Charles Leclerc melengkapkan podium apabila menduduki tempat ketiga di depan rakan sepasukannya, Carlos Sainz.

"Memang tepat pada masanya. Perlumbaan yang hebat. Sudah lama saya menunggu dan akhirnya dapat mencapainya," kata Norris kepada Sky Sports.

"Saya sangat gembira bagi keseluruhan pasukan. Saya akhirnya mencapai sesuatu buat pasukan.

"Hari yang panjang dan perlumbaan sukar. Akhirnya saya muncul juara, jadi saya di awang-awangan. Saya sangat bangga kerana ramai meragui kemampuan saya.

"Saya melakukan banyak kesilapan sejak lima tahun lalu dalam karier pendek saya, tetapi hari ini kami melakukannya bersama-sama."

Pada musim yang dikuasai sepenuhnya oleh Red Bull, kemenangan pemandu Britain berusia 24 tahun itu sudah pasti menarik perhatian banyak pihak dan membuatkannya begitu popular.

Norris dikerumuni dan dijulang pasukannya, menerima ucapan tahniah daripada ramai pemandu lain dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton di Miami International Autodrome termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang turut melawat garaj McLaren sebelim perlumbaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rris-juara-gp-miami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.205311 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list