View: 6552|Reply: 0
|
Bukan masalah mentaliti - Postecoglou
[Copy link]
|
|
Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Anfield, Liverpool. - Foto AFP
LIVERPOOL: Ange Postecoglou menafikan Tottenham Hotspur kendaliannya mempunyai isu mentaliti ketika tewas 4-2 di Liverpool - kekalahan Liga Perdana Inggeris keempat berturut-turut.
Ini adalah kali pertama dalam tempoh 20 tahun Tottenham tewas empat aksi liga berturut-turut dan memulakan musim dengan cemerlang sebelum berakhir mengecewakan.
Tottenham bangkit merapatkan jurang di Anfield dengan meledak dua gol selepas ketinggalan 4-0 menerusi Richarlison dan Son Heung-min.
Spurs kini tewas kepada Newcastle United 4-0, Arsenal 3-2, Chelsea 2-0 dan Liverpool 4-2 dalam empat perlawanan liga terakhir mereka.
Bagaimanapun Postecoglou tetap kagum dengan pendekatan pasukannya pada perlawanan di Anfield.
"Ia tidak ada kena mengena (dengan mentaliti). Jika anda datang ke Anfield dan tidak berusaha, mungkin ia menunjukkan yang anda tidak mempunyai mentaliti.
"Kami sudah cuba memberikan saingan, jadi saya tidak nampak ada masalah mentaliti. Hakikatnya, ia adalah bertentangan dengan itu.
"Malam ini kami turun dan menjadi diri sendiri. Ada kelemahan tetapi ia sesuatu yang akan kami perbaiki," kata Postecoglou.
Tottenham kekal di tangga kelima dengan tiga perlawanan berbaki dan aksi seterusnya menentang Sheffield United dan Burnley menawarkan peluang terbaik untuk merapatkan jurang dengan Villa.
Kemasukan Richarlison memberikan impak kepada Tottenham apabila pemain Brazil itu membuka jaringan untuk pelawat.
Son Heung-min menambah jaringan untuk Spurs.
Gol-gol Liverpool dijaringkan Mohamed Salah, Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliott. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ntaliti-postecoglou |
|
|
|
|
|
|
| |
|